MCA SASAR MENANG 14 PARLIMEN
MCA menetapkan sasaran memenangi sekurang-kurangnya 14 kerusi parlimen pada PRU14.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sejak kebelaka-ngan ini situasi perkembangan politik nampaknya agak memihak kepada MCA, dan ia membawa harapan kepada parti untuk mencapai kemenangan lebih baik berbanding PRU lalu.
“Pada PRU lalu, MCA hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi Dun, tetapi untuk PRU14, saya yakin MCA akan lebih kuat dan mantap.
“Pertama, MCA telah menampakkan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan ahli, malah hubungan dengan masyarakat Cina turut semakin kukuh.
“Kedua, masalah dalaman yang dihadapi parti pembangkang sehingga mengelirukan rakyat. Parti pembangkang ini bukan sahaja berpecah, malah pemimpin mereka tidak mempunyai pendirian,” kata Tiong Lai kepada Sin Chew Daily.
Beliau berkata, MCA adalah aset politik yang penting untuk masyarakat Cina kerana ia dapat mengimbangi keberkesanan dalam sistem pentadbiran kerajaan.
“Selagi MCA memiliki kekuatan politik, kami akan memastikan pendidikan Cina dapat berkembang dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.
RM10 juta untuk perlindungan lereng bukit
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM10 juta untuk perlindungan lereng bukit melibatkan kajian perubahan iklim.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, peruntukan itu bertujuan sebagai langkah pro-aktif bersifat pencegahan menangani isu alam sekitar termasuk kes-kes pertanian haram yang berlaku di negeri tersebut.
“Kerajaan negeri telah bertindak secara pro-aktif terhadap bencana alam dan semasa mengendali krisis.
“Kita turun padang dan memberi khidmat bantuan, serta membaiki kerosakan yang berlaku akibat banjir dan tanah runtuh,” katanya seperti disiarkan dalam Nanyang Siang Pau.
Guan Eng menjelaskan, kejadian pada 21 Oktober lalu akibat tanah runtuh di tapak pembinaan di Tanjung Bungah disyaki disebabkan kecuaian profesional.
Satu Suruhanjaya Siasatan Negeri telah ditubuhkan untuk menentukan dan menjawab semua persoalan yang timbul dalam format forum awam.
– http://ift.tt/1bq4zcn
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A72Tpk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment