Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya nak tanya mereka bertiga. Apa yang ‘korang’ buat? this is for what?” – Zul Ariffin persoal Zahirah, Kamal dan Emma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya nak tanya mereka bertiga. Apa yang ‘korang’ buat? this is for what?” – Zul Ariffin persoal Zahirah, Kamal dan Emma

Kemelut percintaan Kamal Adli dan Emma Maembong yang turut mengaitkan aktres Zahirah MacWilson terus berpanjangan apabila aktor Zul Ariffin mengakui keliru dengan apa yang berlaku.

Zul, 31, berkata, sehingga kini dia masih belum menerima penjelasan sebenar berhubung perkara berkenaan daripada kekasihnya sendiri iaitu Zahirah.

“Saya susah nak gelarkan isu ini gosip atau masalah, tapi kalau bercakap tentang isu ini saya masih tidak okey.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini dan kena tunggu dia (Zahirah) balik dari Bosnia untuk selesaikannya.

“Saya sendiri tidak tahu apa cerita ini sebenarnya kerana saya tidak diberitahu secara jelas,” ujarnya kepada mStar Online.

Zul ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2017, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam Jumaat.

Dalam pada itu, Zul turut bertanya kepada tiga pelakon berkenaan tentang perkara sebenar yang berlaku antara mereka.

“Saya juga tahu seperti yang dilaporkan media, seperti yang Zahirah ceritakan kepada saya.

“Cuma saya ingin bertanya kepada mereka bertiga apa yang ‘korang’ buat? Adakah ini untuk drama yang mereka lakonkan atau untuk publisiti atau untuk menang contest, this is for what?” soal Zul.

Sementara itu, ditanya tentang hubungan percintaannya dengan Zahirah selepas kontroversi tersebut, Zul berkata, dia tiada pilihan.

“Ya, saya berjumpa mereka bertiga dan saya hanya mendengar dan jadi saksi sahaja. Pada masa sekarang apa yang boleh saya buat? Kalau saya tidak okey atau okey sekalipun apa pilihan saya?” soalnya.

Selain itu, Zul berkata isu berkenaan memberi kesan terhadap kerjayanya yang kini sedang mempromosikan filem dan drama.

“Kepada tiga-tiga orang ini saya nak berpesan dan ucapkan terima kasih dan buatlah apa korang nak buat. Saya hanya nak teruskan hidup seperti biasa,” ujarnya.

Sumber: Mstar



Sumber “Saya nak tanya mereka bertiga. Apa yang ‘korang’ buat? this is for what?” – Zul Ariffin persoal Zahirah, Kamal dan Emma

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hF2Biq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.