“Zahirah Belum Jelaskan Apa Apa Pada Saya”
Ini merupakan kenyataan pertama yang keluar dari mulut Zul Ariffin sendiri berkaitan kemelut yang melanda kekasihnya, Zahirah MacWilson yang turut melibatkan pasangan kekasih Kamal Adli & Emma Maembong.
Zul Ariffin yang ditemui media di majlis Anugerah Skrin 2017 malam tadi mengakui yang beliau masih belum menerima apa apa penjelasan dari mana mana pihak terlibat tentang apa sebenarnya yang berlaku.
BACA: Kamal Adli Dakwa Zahirah MacWilson Sengaja Keruhkan Keadaan
“Saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini dan kena tunggu dia (Zahirah) balik dari Bosnia untuk selesaikannya. Saya sendiri tidak tahu apa cerita ini sebenarnya kerana saya tidak diberitahu secara jelas,” ujarnya.
Zul Ariffin bagaimanapun mengakui ada bertemu dengan ketiga tiga pihak yang terlibat namun mendakwa masih keliru dengan apa yang sebenarnya mereka mahu lakukan dengan publisiti murahan sebegitu.
“Cuma saya ingin bertanya kepada mereka bertiga apa yang ‘korang’ buat? Adakah ini untuk drama yang mereka lakonkan atau untuk publisiti atau untuk menang contest, this for what?”
“Kepada tiga-tiga orang ini saya nak berpesan dan ucapkan terima kasih dan buatlah apa korang nak buat. Saya hanya nak teruskan hidup seperti biasa,” tambahnya lagi. (rtky/m)
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ziGNmu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment