Imbuhan RM50,000 setiap pemain, jika Kedah julang Piala Malaysia
Ia dijanjikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi menghargai perjuangan skuad Lang Merah.
Kedah akan bertemu JDT pada aksi final di Stadium Shah Alam malam ini."Selain imbuhan kewangan, KFA turut akan membawa pasukan Kedah untuk bermain di perlawanan persahabatan menentang kelab luar negara sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengalaman dan kemahiran pemain," katanya pada sidang media pada majlis makan tengah hari bersama pemain dan pegawai pasukan Kedah di sini.
Jika menang, Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri akan turut mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iuy32O
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment