Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jabatan Perikanan tidak teragak-agak batal permit - Tajudin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jabatan Perikanan tidak teragak-agak batal permit - Tajudin

ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan teragak-agak membatalkan permit penangkapan ikan nelayan tempatan, sekiranya didapati menyewa permit itu kepada nelayan asing.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata sehingga kini, sebanyak 190 permit daripada 1,100 permit yang dikeluarkan untuk nelayan laut dalam dibatalkan berikutan terbabit dengan aktiviti terbabit.

"Kerajaan tidak benarkan permit ini disewa, itu bukan tujuan kita, saya harap 'puak-puak' ini berhentilah daripada melakukan perbuatan tak bertanggungjawab.

"Sekiranya tak mampu atau tidak berminat, serahkan kembali permit.

"Kalau tak mahu serah juga, Jabatan Perikanan akan ambil tindakan untuk tarik balik permit, tapi bila kita batal permit, jangan pula kata kerajaan kejam kerana mereka sendiri yang salah guna sehingga memberi kesan kepada pendaratan ikan dalam negara," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan BH mengenai susulan sindiket asing merompak hasil laut negara berikutan terdapat nelayan tempatan yang menyewakan permit kepada syarikat perikanan asing.

Hampir satu juta tan atau kira-kira 50 peratus ikan yang ditangkap di perairan negara ini bernilai RM3 bilion hingga RM6 bilion 'ghaib' setiap tahun dipercayai dilarikan ke negara jiran.

Tajuddin berkata, nelayan wajar menggunakan permit yang dikeluarkan sebaik mungkin berikutan kegiatan menyewa permit kepada syarikat asing tidak menguntungkan mereka malah turut merugikan negara.

"Tidak seberapa pun yang mereka dapat berbanding mereka sendiri yang turun ke laut, gunakan dengan betul permit yang kerajaan beri, negara kita ada undang-undang.

"Ia sudah termaktub, jika langgar syarat lesen, kita akan batalkan, jika langgar syarat Akta Perikanan kita mempunyai kuasa untuk mengenakan kompaun atau membawa kes ke mahkamah," katanya.

Terdahulu, Tajuddin menyerahkan pelbagai bantuan kepada nelayan negeri ini dalam Program Penyerahan Bantuan Nelayan di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Kedah di sini.



Sumber Jabatan Perikanan tidak teragak-agak batal permit - Tajudin

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hbvHZV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.