Penduduk mahu Lapangan Terbang Sandakan dinaiktaraf
SANDAKAN: Penduduk di sini berharap perancangan membesarkan Lapangan Terbang Sandakan akan disusuli dengan usaha menjadikan taraf lapangan terbang bertaraf antarabangsa bagi merancakkan lagi sektor pelancongan.
Pengerusi Persatuan Pelancongan Sandakan, Johnny Lim, berkata sektor berkenaan di daerah ini agak ketinggalan berbanding Semporna dan Tawau dengan kadar penghuni hotel di Sandakan cuma 30 peratus semalam.
Selain itu, katanya, pengusaha pelancongan turut mahu agar projek memanjangkan landasan lapangan terbang itu dipercepatkan bagi membolehkan terminal terbabit menerima kapal lebih besar, selain penerbangan terus dan sewa khususnya dari China.
"Selain itu, kita harap ia akan menambah penerbangan tempatan, misalnya antara Sandakan terus ke Johor dan Pulau Pinang selain Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Apabila lapangan terbang ini dibesarkan, kita harap langkah seterusnya yang diambil kerajaan adalah menaik taraf lapangan terbang kepada antarabangsa, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan meningkatkan ekonomi penduduk," katanya ketika dihubungi BH di sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018 yang lalu mengumumkan perancangan kerajaan untuk membesarkan Lapangan Terbang Sandakan.
Pada Mei lalu, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM80 juta bagi projek naik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan, sekali gus membolehkan pendaratan pesawat lebih besar, terutama penerbangan terus dari China, Korea dan Jepun.
Pemandu teksi, Rahman Salleh, 47, berkata mereka berharap jika lapangan terbang itu dibesarkan, ia menarik lebih ramai pelancong datang ke daerah itu, sekali gus meningkatkan pendapatan pengusaha teksi.
"Dalam sehari, kami cuma dapat antara lima atau tujuh pelanggan bergantung kepada musim.
"Biarpun terminal lapangan terbang ini baharu saja dibesarkan, tapi keluasannya serta kemudahan seperti tandas ruang menunggu dan sebagainya perlu ditambah lagi kerana jika penerbangan terus dari negara luar diwujudkan, sudah pasti terminal sekarang tak dapat tampung," katanya.
Sementara itu, peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Chen, berkata mereka berharap lot premis di bangunan terminal itu ditambah jika lapangan terbang itu diperbesarkan, sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada peniaga.
INFO Terminal Lapangan Terbang Sandakan
* RM70 juta
* Siap pada November 2014
* 12,000 meter persegi
* 1,000 penumpang sejam
Sumber Penduduk mahu Lapangan Terbang Sandakan dinaiktaraf
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hahWKS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment