Hi! Welcome Back and Stay Tune! CUCU Ghaib Semalaman ‘Diculik’ Makhluk Halus. Ketika Dijumpai Ada SESUATU Yang Mencemaskan !! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

CUCU Ghaib Semalaman ‘Diculik’ Makhluk Halus. Ketika Dijumpai Ada SESUATU Yang Mencemaskan !!

CUCU Ghaib Semalaman ‘Diculik’ BUNIAN. Ketika Dijumpai Ada SESUATU Yang Mencemaskan !! | Baca Viral – Kejadian sebenar berlaku dia Kelantan. BUDAK perempuan tujuh tahun yang dilaporkan hilang, malam tadi, di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Gua Musang, ditemui selamat, kira-kira 11 pagi ini.

HILANG KETIKA BERMAIN

Nur Dania Qistina ditemui penduduk di blok tidak berpenghuni selepas 12 jam dilaporkan hilang ketika bermain sendirian di gelanggang futsal perumahan itu.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang 1 itu ditemui lemah dan ketakutan selain tidak mampu menjawab sebarang pertanyaan ahli keluarganya.

Neneknya, Tuan Sharifah Hanisa Syed Ali, 53, bersyukur cucunya ditemui selamat di tingkat bawah blok tidak berpenghuni itu.

KETIKA DIJUMPAI, KEADAAN MENGEJUTKAN

“Saya tidak tahu apa yang berlaku terhadap cucu kerana dia seolah-olah dalam keadaan takut dan mahu melarikan diri.

“Malah, ketika penduduk menjumpainya, Nur Dania Qistina masih cuba lari sebelum dipeluk penduduk kampung. Ketika itu barulah dia agak tenang,” katanya.

Menceritakan kehilangan itu, Qistina, Tuan Sharifah Hanisa, berkata dia dan cucunya keluar makan roti canai dekat rumah mereka.

“Ketika dalam perjalanan pulang, Nur Dania Qistina ingin bermain di taman rumah mereka. Waktu itu kira-kira 9 malam.

“Tapi, kira-kira 11 malam, saya mula bimbang dan turun untuk melihat cucu saya, namun ketika itu Nur Dania Qistina sudah tiada sebelum memaklumkan kepada penduduk kampung.

“Sejak malam tadi kami cari di blok kosong itu tapi tidak menemui cucu saya.

“Alhamdulillah akhirnya, Nur Dania Qistina ditemui selamat dan saya percaya ada ‘benda halus’ menyembunyikan cucu saya,” katanya.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu, Wan Nurhafiza Wan Hassan, 32, berniaga kedai makan di Kampung Simpang Empat Kundur, di Gua Musang.

Kanak-kanak itu sudah kematian ayah dan Tuan Sharifah Hanisa akan menjaga cucunya jika Wan Nurhafiza keluar berniaga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

SUMBER

The post CUCU Ghaib Semalaman ‘Diculik’ Makhluk Halus. Ketika Dijumpai Ada SESUATU Yang Mencemaskan !! appeared first on BACA VIRAL.



✍ Sumber Pautan : ☕ BACA VIRAL

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Aj23qo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.