Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Drebar boloq woq, tahi ganja' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Drebar boloq woq, tahi ganja'

PEMUDA yang memandu lori merempuh rumah dan kereta di Rumah Murah Kampung Nibong, Dungun, malam tadi, didapati di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Ketua Polis Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif ganja.

Menurutnya, siasatan juga mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dengan kes penyalahgunaan dadah.

Katanya, pihaknya sudah menahan suspek berusia 39 tahun itu dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati suspek berasal dari Bukit Setongkol, Kuantan. Sebelum kejadian, dia mendakwa ada membawa bekalan kelapa untuk dihantar ke Dungun.

“Suspek dipercayai bertindak demikian mungkin marah sangat selepas gagal menemui lokasi untuk menghantar bekalan kelapa terbabit. Ketika kejadian, lori masih ada muatan kepala.

“Kita akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek untuk siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.

Dalam kejadian 7.30 malam tadi, lelaki itu memandu lori sebelum rempuh rumah dan kereta di kawasan berkenaan.

Lelaki berkenaan turut memecah masuk rumah berkenaan sebelum bertindak merosakkan barang di dalam kediaman itu.

Penghuni kediaman berkenaan tiada di rumah ketika kejadian itu kerana menghadiri kenduri di Kemaman.

Berita berkaitan

• 'Bakpe mung langgor rumah orang?!'



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zdsPms

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


1 comment:

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.