Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Najib kagum acara lelongan kumpul RM122,063 dalam seminit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Najib kagum acara lelongan kumpul RM122,063 dalam seminit

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik dengan acara lelongan yang dibuat secara langsung pada majlis pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia Go Lives di sini, pada Jumaat.

Pada majlis itu, Najib dan Pengasas/ Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma melelong replika kapal 'Sail of Fortune' diperbuat daripada emas 24 karat menerusi tmall.com, sebuah anak syarikat di bawah Alibaba.

Replika itu berjaya dijual pada harga RM122,063 dengan 80 bidaan dalam tempoh seminit.

Dana yang dikumpul daripada lelongan itu akan diserahkan kepada pertubuhan kebajikan.

Sementara itu, dalam satu sesi sembang yang diadakan kemudian, Najib menegaskan bahawa beliau mahu meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, untuk memajukan negara dan memacu Malaysia ke arah mencapai antara 20 negara terkemuka dunia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata allahyarham bapanya adalah insan yang banyak memberi inspirasi kepadanya untuk terus membangunkan Malaysia.

"Allahyarham bapa saya mahu memodenkan Malaysia dan membangunkan kawasan luar bandar serta membawa masuk industri-industri baharu ke negara ini.

"Malangnya, beliau tidak hidup lama apabila meninggal dunia pada usia 54 tahun. Sekarang, Allah merahmati saya dengan peluang ini. Saya mahu memainkan peranan utama dalam membawa Malaysia menjadi 20 negara terkemuka dunia.

"Saya yakin dengan sokongan rakyat, Insya-Allah," kata beliau.

Terdahulu, Najib merasmikan majlis pecah tanah KLIA Aeropolis DFTZ Park di Litar Antarabangsa Sepang.

--BERNAMA



Sumber PM Najib kagum acara lelongan kumpul RM122,063 dalam seminit

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yu31Td

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.