JANGAN ‘POYO,’ KHAIRY SUKA DIPANGGIL ‘ABAH’
KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin mendedahkan beliau memanggil dirinya “abah” sebagai menyesuaikan diri dengan generasi muda hari ini.
Menteri belia dan sukan berkata istilah itu sering dikaitkan dengannya, maka beliau harus belajar membiasakan diri dan menerimanya sebagai penjenamaan.
“Di mana saja saya pergi, anak muda panggil ‘Abah, kami sayang Abah,’” katanya dalam ucapan di konvensyen media sosial Umno di sini.
Tambahnya, label seumpama itu sejenis penjenamaan baru bagi memudahkan orang ramai, khususnya yang lebih muda, mendekatkan diri dengan beliau.
Khairy, wakil rakyat Rembau, dipanggil “abah” di akaun media sosial Instagram dan Twitter. Beliau kemudian membiasakan dirinya dengan panggilan itu.
Beliau juga menggesa ahli politik agar tidak bersikap “poyo”, atau berlebih-lebih dan buat-buat, tetapi mestilah menjelmakan diri sebenar.
Nasihatnya, seseorang ahli politik tidak wajar menyerang peribadi orang lain di media sosial kerana ia akan menarik simpati ramai kepada mangsa serangan.
– Malay mail
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lPM13W
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment