Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr. Mahathir keseorangan bila dicemuh dan diejek UMNO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr. Mahathir keseorangan bila dicemuh dan diejek UMNO

Tiada siapa pertahan Dr Mahathir bila diejek Umno
TMI · Diterbitkan pada 4 Nov 2017 1:07PM
Ramai mula mendesak bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya meminta maaf kerana dituduh menghina masyarakat Bugis. – Gambar The Malaysian Insight, 4 November, 2017

TIADA siapa pertahan Dr Mahathir Mohamad bila bekas perdana menteri itu diejek oleh pemimpin kanan Umno, sebaliknya ramai yang mendesak beliau meminta maaf berkaitan kenyataan mengenai "Bugis," kata Persatuan Patriot Kebangsaan hari ini. 

Bekas perdana menteri itu mungkin akan menghadapi tuduhan menghasut kerana didakwa mencetuskan kebencian kerana kenyataannya mengenai keturunan Bugis ketika berucap di perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya, 14 Oktober lepas.  

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Brig (bersara) Jen Mohd Arshad Raji berkata, Dr Mahathir tidak gelabah bila ada menteri Umno mengejek latar belakangnya.

Dr Mahathir sebaliknya tetap tenang, malah menuntut pemimpin Umno itu menunjukkan bukti kad pengenalan lamanya yang mengatakan beliau berketurunan India.

"Hingga sekarang, tidak ada sebarang bukti yang dapat ditunjukkan oleh menteri kanan UMNO tersebut. Bukankah ini satu penipuan?"

Dalam kecamannya terhadap Perdana Menteri Najib Razak di perhimpunan itu, Dr Mahathir mendakwa keturunan Najib berasal dari "lanun Bugis."

Najib dalam pelbagai kenyataannya sebelum ini kerap mengangkat dirinya sebagai keturunan Bugis. 

Khamis lalu, Dewan Diraja Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa Dr Mahathir telah mencerca dan menggolongkan bangsa Bugis sebagai lanun, perompak dan penjenayah.

Keturunan Sultan Selangor juga berbangsa Bugis.

Bagaimanapun, Arshad tidak menamakan menteri kanan Umno itu, tetapi terang lagi bersuluh kenyataannya itu merujuk kepada Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada Julai lalu, Zahid berkata Dr Mahathir mempergunakan Melayu untuk melanjutkan agenda politiknya, selain turut mengatakan bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu berketurunan India.

Arshad berkata, slogan 1Malaysia yang dilaungkan pemimpin Umno tidak membawa sebarang makna jika sentimen agama dan perkauman tebal digunakan oleh pemimpin Umno sendiri untuk memecahbelahkan perpaduan.

Tambahnya lagi, slogan itu sepatutnya bertujuan menyatukan semua rakyat Malaysia, memupuk perpaduan dan rasa sayang pada negara kerana konsep 1Malaysia itu sinonim dengan semangat perpaduan.

"Yang penting sekali, di dunia globalisasi yang semakin rencam, dan cabaran-cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu, kita perlu memikirkan periuk nasi beribu-ribu anak muda kita yang sukar mendapat pekerjaan," katanya. – 4 November, 2014.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zkfJDc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.