Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imam Besar Masjid Al-Aqsa puji Malaysia bantu Palestin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imam Besar Masjid Al-Aqsa puji Malaysia bantu Palestin

PUTRAJAYA: Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekrima Said Sabri memuji peranan berterusan Malaysia membantu umat Islam Palestin khususnya dalam isu pembebasan Masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata Malaysia bukanlah sebuah negara yang 'baharu' dalam membantu dan memperjuangkan isu-isu Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Tel Aviv malah, usaha dan peranan berterusan itu turut diterjemahkan dalam bentuk politik dengan tidak mengiktiraf Israel sebagai negara.

"Lihat pada pasport anda, ia tidak sah digunakan apabila berada di Israel. Ini menunjukkan bantuan Malaysia kepada Palestin bukan baharu.

"Kami juga menerima pelbagai bantuan lain sama ada dalam bentuk material atau kemanusiaan yang disalurkan Malaysia sama ada oleh kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan dari negara ini," katanya pada sidang media yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu selepas melancarkan Yayasan MyAQSA di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA Noorazman Mohd Samsuddin.

Sheikh Ekrima berkata usaha membebaskan Masjid Al-Aqsa adalah tanggungjawab semua umat Islam kerana penguasaan ke atas masjid itu adalah sama penting seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, yang diumpamakan sebagai kejayaan mempertahankan Palestin secara umum.

Beliau berkata pelancaran Yayasan MyAQSA akan memudahkan lagi usaha semua pihak menghulurkan bantuan kepada Palestin dan membantu mereka yang menjaga dan mengawal Masjid Al-Aqsa dalam usaha mengekalkan penguasaan umat Islam ke atas masjid itu.

"Dan dalam hal ini, kami hargai usaha yang dilakukan Malaysia dan MyAQSA...ini sekali gus menguatkan keazaman dan keyakinan kami bahawa sentiasa ada bantuan untuk kami dari Malaysia," katanya.

Sementara itu, Noorazman berkata penubuhan Yayasan MyAQSA mendapat sokongan penuh kerajaan serta beberapa pihak lain sekali gus memudahkan pihaknya memastikan agenda menjadi platform peneraju dan penyatu ummah untuk visi pembebasan Al-Aqsa dapat disempurnakan.

Beliau berkata objektif penubuhan Yayasan MyAQSA adalah bagi membentuk jaringan kerjasama pintar antara badan bukan kerajaan dengan pihak kerajaan demi membela umat Islam di dalam dan luar negara terutamanya di Palestin.

Ia juga bagi meningkatkan tahap kesedaran mengenai nasib dan masa depan Masjid Al-Aqsa sebagai satu daripada tempat suci umat Islam yang mesti dipertahankan, katanya.

-- BERNAMA



Sumber Imam Besar Masjid Al-Aqsa puji Malaysia bantu Palestin

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hbr55Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.