Hi! Welcome Back and Stay Tune! Habuan RM50,000 nanti pemain Kedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Habuan RM50,000 nanti pemain Kedah

SHAH ALAM: Ganjaran lumayan sekali ganda berbanding musim lalu menanti pasukan Kedah jika anak buah Nidzam Adzha Yusoff berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia apabila bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam final di Stadium Shah Alam, malam ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ganjaran lumayan sebanyak RM50,000 bakal diberikan kepada setiap pemain selain turut mengumumkan pemberian cuti peristiwa seandainya misi memburu kemenangan berjaya.

"Kita sudah bersetuju untuk memberi bonus kepada pemain tahun ini seperti musim lalu di mana RM25,000 diberikan atas kejayaan menang Piala Malaysia.

"Tapi kita tahu kesungguhan semua pemain yang sudah memberikan sepenuh komitmen dan sekiranya malam ini kita berjaya (menang), pihak pengurusan bersetuju untuk 'double up' kepada RM50,000," katanya ketika ditemui pada majlis makan tengahari bersama pasukan di sini, hari ini.

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hadir pada majlis makan tengah hari bersama pemain skuad Helang Merah. - Foto Hafiz Sohaimi

Menerusi pengumuman itu, ia menyaksikan skuad Helang Merah menjadi pasukan tunggal yang menjanjikan ganjaran lumayan selepas skuad Harimau Selatan tidak menyediakan sebarang insentif sekiranya juara Liga Super itu berjaya menjulang trofi berprestij itu buat pertama kali.

"Kita yakin mempertahankan Piala Malaysia ini dan kalau kita menang, esok kita isytiharkan cuti umum satu hari," kata Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah.

Pada masa sama, Ahmad Bashah turut menyeru semua penyokong Kedah agar mengenepikan seketika dakwaan tidak berasas yang dilontarkan sesetengah pihak kepada pengurusan KFA, sebaliknya menyeru supaya memberi sokongan padu kepada pasukan dalam perlawanan akhir itu nanti.

"Lupakan cerita yang kurang elok pasal pasukan Kedah. Pemain atau penyokong tak perlu menghiraukannya kerana itu boleh mengganggu fokus kita menjelang aksi final nanti. Apa yang penting, kita mahukan kemenangan untuk dihadiahkan kepada penyokong yang banyak sentiasa menyokong kita selama ini," katanya.



Sumber Habuan RM50,000 nanti pemain Kedah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hahYCu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.