Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video) Di Malaysia Kononnya Harga Juta-Juta, Di Indonesia Tokek Orang Buat Kopi Jer - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video) Di Malaysia Kononnya Harga Juta-Juta, Di Indonesia Tokek Orang Buat Kopi Jer


Dulu-dulu, viral sekejap mengenai seekor reptilia yang kononnya boleh mengubati penyakit berbahaya seperti HIV.

Namanya cicak tokek atau apa sahaja, ikut daerah masing-masing sebut. Maka, berlumba-lumbalah orang mencarinya. Pagi, petang, siang dan malam ramai yang keluar 'memburu' haiwan tersebut, terutama di kawasan-kawasan hitan atau yang mana habitatnya lebih mudah untuk ditemui.


Yalah, dengan 'harga pasaran' haiwan tersebut yang dikatakan mencecah jutaan ringgit, pastinya ia mampu membuatkan sesiapa sahaja terliur untuk turut serta dalam pemburuannya.

Malah katanya, ada yang sanggup mengeluarkan modal membina sangkar dan menyediakan keperluan haiwan tersebut untuk dipelihara, supaya bila sampai masanya, cukup syaratnya bolehlah buat duit dengan menjual tokek itu.

Namun lain pula apa yang berlaku di negara jiran kita ini, Indonesia. Dekat Malaysia konon harganya juta-juta, disini tokek cuma dibuat serbuk kopi sahaja. Ya, serbuk kopi. Kalau betul harga juta-juta, mungkin itulah kopi paling mahal di dunia. Untunglah siapa yang dapat merasa kopi tersebut.


Kopi itu bukan sembarangan kopi, ia didakwa boleh menjadi penawar masalah pernafasan yang berpunca daripada masalah keturunan. Prosesnya pun mudah, cuma perlu dibakar tokek tersebut hingga kering, lalu dihancur-hancur menjadi serbuk sahaja, maka terhasilah 'Kopi Tokek'.

Namun, untuk menambah rasa dan keenakkannya, masyarakat Sumbawa menambah halia ke dalam campuran tokek tersebut. Masukkan ke dalam lesung kayu, ditumbuk bersama-sama hingga menjadi serbuk.

Kalau serbuk tokek itu didakwa berfungsi untuk merawat masalah pernafasan, halia pula menjadi penghangat badan dengan, melancarkan perjalanan darah, melegakan demam dan mengurangkan berat badan, kira campuran lengkaplah.

Katanya enak diminum, tak tahulah. Mungkin ada orang Malaysia yang berminat nak buat Kopi Tokek versi Malaysia kan, bolehlah sama-sama kita cuba.

Sumber : TRANS7



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A8Bkf4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.