Hi! Welcome Back and Stay Tune! Erma Fatima umum berhenti bertanding Anugerah Skrin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Erma Fatima umum berhenti bertanding Anugerah Skrin

Setelah 25 tahun berada dalam industri, penerbit dan pengarah Erma Fatima mengumumkan tidak mahu bertanding lagi di Anugerah Skrin (ASK) pada masa akan datang.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 49, berkata, dia mahu memberi laluan dan peluang kepada pengarah lain selepas lima kali memenangi kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik dalam anugerah berkenaan.

“Sudah cukuplah untuk saya bertanding di ASK, saya nak beri peluang kepada pengarah-pengarah yang baru pula.

“Saya tidak akan hantar pencalonan peribadi saya, tapi jika karya tersebut dipertandingkan untuk pelakon dalam drama itu saya tiada masalah,” ujarnya kepada mStar Online.

Drama terbitan Erma berjudul Drama Pesan Dari Tuhan diangkat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Erma Fatima turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik (Drama) dan Lakon TV Terbaik menerusi drama yang sama.

Dalam pada itu, mengulas tentang kemenangan drama tersebut, Erma berkata, dia kecewa apabila pelakon utama Azhan Rani tidak berjaya memenangi anugerah dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama.

Katanya, faktor utama kekuatan drama itu adalah menerusi barisan pelakonnya.

“Saya kecewa bila ramai pelakon-pelakon drama ini tidak berjaya bawa balik anugerah kerana bagi saya kemenangan malam ini adalah atas kekuatan mereka.

“Ada cerita di sebalik drama ini yang mana saya simpan selama dua tahun berikutan stesen televisyen TV3 menolak atas sebab tertentu. Tapi bila Azhan Rani memuat naik satu babak di Instagramnya dengan harapan untuk melihat drama itu di televisyen ia membuatkan saya sedar bahawa saya hanya mementingkan diri sendiri.

“Jadi saya cuba nasib untuk menghantar drama itu di RTM pula, dan Alhamdulillah ia diterima dan akhirnya menang pada malam ini,” ujarnya.

Telemovie Pesan Dari Tuhan ditayangkan pada 26 Jun lalu di saluran TV2.

Antara barisan pelakon drama berkenaan ialah Ellie Suriati, Azhan Rani, Remy Ishak dan Izreen Azminda.

Sumber: Mstar



Sumber Erma Fatima umum berhenti bertanding Anugerah Skrin

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xXZmc1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.