Perlu saring pemandu Grab, jangan terus lulus permohonan - Fomca
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Profesor Datuk Marimuthu Nadason berkata menerusi kaedah itu, latar belakang atau rekod individu atau pemohon mampu dikesan lebih awal.
Beliau menambah bahawa tidak sewajarnya semua pemohonan terus diterima dengan mudah tanpa mengambil kira faktor-faktor berkaitan.
"Kena ada saringan, kita perlu periksa latar belakang mereka terlebih dahulu sebab kita perlu pastikan rekod mereka sebelum diterima.
"Kalau seseorang tu mahu jadi pemandu Grab, berapa tahun dia ada pengalaman memandu. Sekarang ini banyak dalam kalangan pelajar pun memandu (Grab). Kita kena tahu kemahiran mereka memandu," kata Marimuthu.Dalam pada itu, Marimuthu menganggap beberapa kes jenayah membabitkan pemandu Grab tidak terlalu serius dan hanya berupa kes terpencil.
Malah, menurutnya, jika berlaku sebarang perkara buruk sekalipun, pelaku mudah dijejaki berdasarkan rekod yang ada di dalam sistem perkhidmatan tersebut.
Marimuthu ditemui ketika menghadiri Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan bersempena Hari Pengguna Malaysia 2017, di sini, hari ini.
Sempena sambutan Hari Pengguna tahun ini, FOMCA menganjurkan 12 jenis pertandingan termasuklah penulisan esei, mewarna, fotografi, dan melukis.
Acara ini mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya menarik minat lebih 125,000 penyertaan dari seluruh negara bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah lebih RM300,000 yang ditawarkan.
Seramai 518 peserta diumumkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing.
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan terhadap golongan muda untuk menjadi pengguna yang lebih bijak dan berhemah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A7xKBR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment