Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa Dah Jadi Sekarang? Ramai Orang Malaysia Buat Hal Di Korea - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa Dah Jadi Sekarang? Ramai Orang Malaysia Buat Hal Di Korea

Korea Selatan yang dahulunya disenaraikan sebagai negara miskin kini sudah berkembang pesat. Ditambah pula dengan fenomena K-Pop, program TV mereka yang menarik sedikit sebanyak membantu industri pelancongan dalam negara. Siap ada yang berhijrah ke sana. 
Tetapi menurut pengembara, Mazlan Zonan, ramai rakyat Malaysia yang buat hal di Korea dan bersepah-sepah rakyat Malaysia di tahan di negara itu. 
Rupanya dah setahun aku tinggalkan Korea. Ingatkan cerita Korea dah habis, rupnya tidak. Sudah semakin ramai orang kita yang bekerja di Korea. Yang overstay pun ramai. Ramai yang cakap tak boleh hidup di Malaysia, kena pergi Australia, Korea bagai. 
Tetapi, apa yang dah jadi sekarang? Ramai orang Malaysia buat hal di Korea, dah macam Australia dah sekarang. Dulu nak dengar orang Malaysia ditahan di airport Korea, susah. Tapi sekarang bersepah-sepah yang kena tahan. 
Kau nak kerja cari duit, itu kau punya pasal tapi janganlah overstay. Kau nak kerja kilang, kau janganlah buat hal. Kerja malas, banyak alasan dan banyak cuti. Kemudian kau fikir bos kau nak bayar gaji kau penuh? 
Dah nature orang belah timur ini memang kerja seperti lembu. Kau yang bodoh pergi sana tak buat sebarang kajian dulu. Lepas itu cakap kerja berat, susah, tak boleh nak buat kerja. At the first place, kau datang Korea dulu, kau fikir kau akan kerja office? Ha?? 
Ada yang dah ada tempat tinggal, cermin tingkap pecah pun kau nak complaint. Selepas itu report pula pada mak kau. Mak kau pula report pada polis Malaysia. Kau ingat polis nak layan drama bodoh kau? 
Ada yang sembang nak datang dan cuba survive di Korea. Kemudian bawa bekalan RM300 sahaja. Lepas itu menyusahkan orang lain. 
Ada yang cakap nak kerja di Korea tetapi kad bank tak aktifkan international withdrawal. Ada yang aktifkan pun hanya dua minggu saja. Mak abah tok kau nak kirim duit dari Malaysia pun tak boleh. Sekali lagi dah menyusahkan mak abah dan member lain. Suruh call atau Google untuk aktifkan, kau tak reti. Waklu!
Kau nak buat research pun kau malas. Sebab itu kau kena tipu dengan agent dan tersungkur. Kau datang time winter, kemudian menyalak sejuk tak boleh buat kerja. Habis, kau ingat Korea setiap bulan panas saja ke, tak ada musim sejuk? Kau tak kaji dulu ke sebelum datang? 
Aku selagi boleh bagi nasihat baik-baik, aku cakap baik-baik. Tapi hal-hal bodoh macam ini aku tak boleh nak bertolak ansur. Nak keluar Malaysia konon nak ubah nasib tapi perangai Melayu bodoh kau tak tinggalkan di Malaysia. Apa kau ingat kau di Malaysia ke?
Yang paling celaka, dah dapat contact boss-boss, kau pula jadi agent kerja dengan alasan nak tolong Melayu. Kemudian kau kenakan service charges RM3,000. Kepala hotak kau! Kau inilah punca orang Melayu tersadai di Korea. 
Kalau tak percaya, pergi ke Itaewon, berlambak orang Melayu tipu Melayu ini terpacak di sana acah-acah jadi agent kerja. 
Guys, tak kiralah sesiapa pun yang keluar, tolonglah jaga nama Malaysia. Jangan disebabkan korang, orang lain dapat susah. Macam mana imigration Australia buat bila nampak orang Melayu Malaysia, mungkin ini yang akan berlaku di Korea. 
As traveller, aku bimbang hal-hal seperti ini. Jangan sampai nama orang Malaysia masuk dalam senarai imigresen seperti Rusia dan Thai. Imigresen Korea beri upah US$100 kalau ada laporang yang mengatakan orang Thailand atau Rusia buat kerja-kerja haram. 
Jadi, kalau pergi mana-mana pun janganlah bawa telur dengan biji saja, bawalah akal sekali. 






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.