Tidak Semahal iPhone, Kamera Oppo A37 Masih Mampu Berikan Hasil Yang Hebat
Saya seorang pengguna Oppo A37, saya pernah bandingkan kamera Oppo A37 dan iPhone 7 kawan saya dan ternyata perbezaannya sungguh ketara. Jadi apa yang sama? Baik, secara jujurnya bagi saya kualiti kamera Oppo A37 juga antara kamera smartphone yang terbaik.
Saya bukan jenis manusia yang suka ikut perkembangan teknologi telefon pintar, apatah lagi hendak tukar telefon dengan kerap. Selagi boleh pakai saya pakai, senang cerita. Memandangkan telefon saya pernah diragut semasa travel ke Afghanistan, jadi saya nekad untuk membeli telefon baru mengikut kemampuan poket sendiri.
Oleh kerana kerja saya memerlukan gambar dengan kualiti yang baik, semasa itu saya ada dua pilihan telefon yang hendak dibeli bawah bajet RM700.00. Pertama Xiaomi Redmi Note 3, dan yang kedua adalah Oppo A37. Pada mulanya saya ragu ragu juga untuk memilih A37 disebabkan jenamanya yang membuatkan saya skeptikal.
Ketika itu perasaan lebih kepada memilih Xiaomi, mungkin atas faktor pengaruh rakan kerja. Barangkali! Disebabkan tujuan asal membeli telefon baru ialah untuk gambar, jadi saya membandingkan kualiti kamera di antara dua jenama ini dan akhirnya keputusan berpihak kepada Oppo A37.
Kebetulan masa ini saya juga mengejar trip ke Iran yang tinggal beberapa hari lagi, jadi mestilah mahu gambar yang cantik-cantik. Dan dibawah ini adalah hasil gambar yang diambil menggunakan kamera telefon Oppo A37. 100% bebas sebarang penapis (filter) ataupun editing.
Dan di bawah merupakan hasil kamera depan yang anda selalu gunakan untuk selfie.
Yang ini pula gambar yang diambi menggunakan iPhone 5s.
Gambar yang dibawah ini pula telah diambil menggunakan Oppo A37. Anda tentukan sendiri yang mana berjaya hasilkan kualiti gambar yang lebih ‘power‘. Tempat yang sama cuaca yang sama. Telefon yang berbeza, jadi kenapa perlu bayar lebih? Hiks.
Secara keseluruhan bagi saya kamera Oppo A37 juga antara yang terbaik anda boleh dapatkan dengan harga yang mampu milik. Tetapi bergantung kepada kemahuan pengguna juga. Kalau anda tanya paling best telefon apa, saya mesti cakap iPhone 7!
Untuk kerja ringan macam ini, Oppo A37 pun sudah cukup memadai. (sekadar cuba sedapkan hati sendiri), Haha!
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment