Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib : Teliti Dulu Sesuatu Informasi Sebelum Kongsikan Di Rangkaian Sosial - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib : Teliti Dulu Sesuatu Informasi Sebelum Kongsikan Di Rangkaian Sosial

Dengan perkembangan dunia teknologi dan arena web, salah satu perkara yang kian membimbangkan akhir-akhir ini adalah perkongsian informasi yang kurang tepat. Ia bukan sahaja meliputi arena digital, tetapi turut meliputi penerbitan luar-talian termasuk akhbar dan sebagainya.

Kini, bersempena dengan Safer Internet Day, perdana menteri Malaysia, Najib Razak menasihatkan pada pengguna untuk meneliti sesuatu informasi dengan lebih baik sebelum menyebarkan atau kongsikan ia di internet.

Najib turut mengatakan yang mana pelbagai kejadian tidak diingini berlaku disebabkan oleh maklumat palsu atau tidak tepat, selain ramai yang menjadi mangsa scam.

Masalah informasi dan berita palsu ini bukan sahaja menjadi masalah di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Malah, sejumlah syarikat teknologi turut dilihat sedang membangunkan penyelesaian mereka untuk mengurangkan penyebaran berita palsu pada platform mereka, sebagai Facebook dan sebagainya. Proses ini juga semakin menjadi rumit apabila penerbitan yang dipercayai ramai turut menerbitkan informasi kurang tepat – sebagai contoh apa yang dilakukan penerbitan tempatan berkenaan dengan kad Paywave baru-baru ini.

Apa pun, sama-sama kita meneliti sesuatu informasi yang diterima kita dari mana-mana medium, sebelum kongsikan ia bersama-sama dengan pengguna lain di arena sosial.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2lmlIgI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.