Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ringgit Malaysia Tidak Lagi Diterima Untuk Tukaran Asing Di Jepun? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ringgit Malaysia Tidak Lagi Diterima Untuk Tukaran Asing Di Jepun?

Adakah Ringgit Malaysia kini tiada nilai di Jepun? Itulah yang menjadi tanda-tanya apabila salah seorang rakyat Malaysia yang dikenali dengan nama Salman Rozi berkongsikan pengalamannya ketika melancong ke Jepun baru-baru ini.

Berdasarkan laporan blog Amenoworld, pelancong bernama Salman berkata ketika dia mahu menukarkan wang miliknya ke dalam nilai Yen, permintaan itu ditolak oleh pengurup wang tempatan.

Alasannya adalah kerana Ringgit Malaysia tidak tersenarai dalam matawang yang boleh ditukarkan kepada matawang Jepun.

Kakitangan yang bertugas mengesahkan bahawa syarikat itu tidak menerima sebarang pertukaran matawang dari Malaysia ke Jepun ujar Salman dalam kenyataannya yang dipetik menerusi Facebook.

Dalam kenyataan yang sama, Salman turut mempersoalkan di manakah maruah Ringgit Malaysia berbanding Thailand dan Filipina?

Ini kerana kedua-dua matawang dari negara terbabit masih diterima untuk ditukarkan oleh pengurup wang tempatan manakala Ringgit Malaysia langsung tidak tersenarai dalam jadual matawang sama sekali.

Sebelum ini, Ringgit Malaysia dilaporkan menghadapi kejatuhan mendadak pada awal tahun ini sehingga memaksa peniaga-peniaga tempatan di Thailand menampal notis menolak sebarang urusniaga dalam Ringgit Malaysia.

Ini menyebabkan perniagaan mereka rugi kerana apabila ditukarkan kepada nilai Bath, mereka tidak dapat kembali harga jualan yang sepatutnya.

Juga tersebar dakwaan bahawanya Arab Saudi menolak pertukaran dari Ringgit Malaysia ke wang tempatan namun spekulasi itu pantas dinafikan oleh kerajaan tetapi hasil tinjauan yang dilakukan di laman sosial mendapati terdapat beberapa jemaah haji pada masa itu mengesahkan dakwaan.

Pun begitu kerajaan bertegas menafikan penyebaran tersebut dengan mengatakan ia satu lagi fitnah terancang bagi menimbulkan kekacauan.

The post Ringgit Malaysia Tidak Lagi Diterima Untuk Tukaran Asing Di Jepun? appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.