Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerja Shift Bukan Sesuatu Yang Mudah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerja Shift Bukan Sesuatu Yang Mudah

Kerja shift bukan sesuatu yang mudah. Ia seolah-olah melanggar jam biologi yang ditetapkan dalam sistem badan manusia.

Kerja shift adalah hazad pekerjaan yang popular. Banyak kajian yang telah dibuat dan banyak kemalangan di tempat kerja yang dicatatkan dan dikaitkan dengan kerja shift.
Ada juga kajian yang mengaitkan faktor genetik dengan keupayaan untuk kerja shift, di mana ia mungkin menjawab persoalan mengapa ada yang mampu bertahan dan ada yang mungkin terlena.
Ia bukan sesuatu yang mudah. Kerja shift adalah hazad yang real. Sekiranya ternampak staff shift malam tertidur jam 4.10 pagi, kejutkan dia dan maklumkan urusan anda. Saya pasti beliau gembira untuk bantu.
Sleeping is real. Fatigue is real. Ini belum lagi sentuh bab kerja oncall dan microsleep. Hanya yang pernah oncall lebih 36 jam berturut-turut yang memahami situasi. Anak bini terabai, mentally fatique, malah ada yang kehilangan nyawa dalam perjalanan pulang dari kerja.
Ia bukan hanya terpakai untuk doktor, jururawat atau dressar, tetapi juga kepada pemandu lori, pemandu bas, operator kilang, pengawal keselamatan dan segala macam jenis pekerjaan lagi. Semua ada situasi sendiri.
Sebab itu saya tegaskan, belajarlah untuk memahami. Ini terpakai bukan hanya kepada masyarakat sebagai klien, tetapi juga untuk bos-bos di jawatan lebih tinggi. Fahami situasi staf anda, jangan bertindak hanya dengan spinal reflex sahaja. Bos perlu berperanan sebagai pemangkin membakar motivasi.
Alangkah baiknya jika bos nampak staf terlena kerana kepenatan pada shift malam yang ketiga, offer air kopi untuk mereka. Biar bos bodek staf, jangan staf yang kipas bos.
“Kualiti boleh dijaga sepenuh hati, namun hati staf tiada galang ganti.”






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.