Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa Salahnya Mukhriz Jadi Perdana Menteri Malaysia? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa Salahnya Mukhriz Jadi Perdana Menteri Malaysia?

Momokan terhadap Tun Mahathir mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah memberikan gambaran seolah-olah Mukhriz tidak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia.

mukhriz

Pada hakikatnya, apa salahnya jika Mukhriz menjadi Perdana Menteri Malaysia atas kekuatannya yang tersendiri dalam keadaan menghadapi berbagai tekanan.

Ia tidak sahaja hasrat bapanya (jika benar) tetapi juga hasrat ahli UMNO, generasi baru dan rakyat.

Apakah hanya Hishamuddin Hussein Onn atau Khairy Jamaluddin sahaja yang layak berada dalam barisan mewakili pucuk kepimpinan negara?

Hishamuddin dan Khairy yang merasakan diri mereka sebagai generasi "English Educated" (bukan English Intelligentsia) sedang berkonspirasi untuk menyekat Zahid Hamidi ke puncak maka itu, Zahid tidak disebut dalam perhitungan untuk menjadi PM kerana pada akhirnya beliau pasti akan dikalahkan oleh Hishamuddin seperti kejayaan Hishamuddin mengenepikan Mukhriz untuk jawatan Naib Presiden UMNO menerusi pintu belakang.

Kita tidak mahu melayan dakwaan" tikus-tikus" yang mengatakan Mahathir mahu Mukhriz menjadi Perdana Menteri kerana tidak berasaskan pada fakta benar tetapi umum mengetahui Mahathir menyekat anaknya Mukhzani untuk bertanding Ketua UMNO bahagian Merbok dan tidak pula membantu Mukhriz untuk menang dalam Pilihanraya Negeri Kedah.

Dengan itu sahaja, cukuplah untuk kita mencium hancingnya kencing "tikus-tikus" yang tidak pernah diterima oleh orang-orang UMNO sendiri.

Mereka ini tampil kehadapan menggambarkan seolah-olah orang UMMO sendiri tidak mampu untuk mempertahankan Najib sehingga terlihat seperti hidung tak mancong pipi tersorong-sorong.

Mukhriz menang di Kedah adalah dengan kekuatannya sendiri atas harapan rakyat Kedah untuk melihat perubahan lanskap politik Kedah dan pemimpin muda menerajui Kedah setelah jemu dengan muka-muka tua.

Jika tidak kerana Mukhriz menebus kembali Kedah ke tangan BN maka janganlah harap Ahmad Bashah dapat menumpang menjadi MB Kedah.

Semua orang juga tahu jika Hishamuddin Hussein Onn tidak dibantu oleh Najib dan juga tiada pertolongan luar maka Hsihamuddin tidak akan berjaya menjadi Nasib Prersiden UMNO.

Kenapa "tikus tikus" tidak menonjol dan mencemoh Najib mahu Hishamuddin jadi Perdana Menteri untuk mengekalkan warisan dinasti elit dan feudal di negara ini?

Kekuatan tersembunyi Mukhriz sudah cukup untuk melayakkannnya menjadi Perdana Menteri sekalipun tanpa sokongan atau hasrat bapanya.

Dalam krisis politik negara sekarang, bukan sahaja generasi muda dalam UMNO yang mahukan perubahan pucuk pimpinan kepada generasi muda malah golongan veteran dan pengundi-pengundi atas pagar juga sudah tidak lagi dapat menerima kelompok kepimpinan yang ada sekarang.

Mereka melihat masa depan negara tidak lagi perlu di wariskan oleh dinasti elit dan feudal.

Mahathir dan Anwar telah memutuskan kesenimbungan ini tetapi malangnya Mahathir juga yang menyambungnya semula.

Jika Zahid Hamidi terlalu berhati-hati maka harapan rakyat untuk melihat kepimpinan elit dan feudal kembali bertukar kepada kepimpinan tulen rakyat tidak lagi akan tercapai untuk jangka masa yang panjang.

Anwar Ibrahim cuba memotong kesinambungan ini setelah dijayakan oleh Mahathir tetapi sayang dia mempunyai masalah moral dan sayang juga Abdullah Badawi tidak mempunyai daya kepimpinan.

Pengharapan rakyat sekarang hanya tinggal kepada Zahid Hamidi (UMNO), Muhkriz, Azmin dan beberapa orang lagi pemimpin muda Melayu yang berkaliber di luar UMNO.

BACA INI JUGA: Gambar Rumah Presiden Filipina Umpama Pondok Buruk Jika Di Malaysia!

Sumber: zamkata





Sumber : SentiasaPanas

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! ?? ??


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.