Selva Beri Kerjasama, Nyata Hasrat Mahu Menetap Di Lembah Klang – Polis
Johor Bahru: Perogol bersiri yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada, S Selva Kumar, 56, telah menyatakan hasrat untuk menetap di Lembah Klang, Lapor Harian Metro.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasrat berkenaan telah dinyatakan oleh Selva kepada pasukan polis mengambil keterangannya sebaik sampai di KLIA semalam.
“Mengikut undang-undang kita tidak dibenarkan menahan dia, malah dia dengan sukarela berjumpa kami dan memberitahu apa yang berlaku terhadapnya.
“Kita sudah rekodkan semua kenyataannya dan tahu di mana dia akan tinggal.
“Berikutan itu, sama seperti yang saya sebutkan sebelum ini, polis akan bekerjasama dengan masyarakat dan pasukan komuniti kepolisian untuk memantaunya,” katanya pada satu sidang media.
Menurut Khalis lagi, Selve telah memberi kerjasama di mana dia setuju untuk dipantau dan memaklumkan pergerakannya walaupun tidak diwajibkan undang-undang.
Menurutnya, polis tidak boleh masuk campur keputusan mengharamkan lelaki itu di negeri tertentu kerana ia diambil mengikut undang-undang negeri terbabit. – Siakapkeli.my
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment