Peratusan Penggunaan Android Nougat Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Ke 1.2%
Kita sudah lebih seminggu di dalam bulan Februari. Tiba dan masa untuk melihat peratusan penggunaan versi-versi Android di seluruh dunia. Android Nougat meningkat ke 1.2%. Ini ialah peningkatan hampir dua kali ganda berbanding 0.7% Januari lalu. Sistem operasi yang paling popular masih lagi Lollipop dengan 32.9% diikuti oleh Marshmallow (30.7%) dan KitKat (21.9%).
Samsung, Lenovo, OnePlus, Huawei dan Sony adalah antara pengeluar yang akhirnya memberikan kemas kini Nougat bulan lalu. Ini adalah sebab peratusan peningkatan Nougat yang mendadak ini. Kepada yang sudah menerima kemas kini, adakah anda berpuas hati dengan kelancaran peranti anda? Adakah anda menemui sebarang masalah ataupun pepijat?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2lne6un
Post a Comment