Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lagu ‘Dirgahayu’ Dendangan Siti Dan Faizal Tahir Ingatkan Saya Cabaran Dalam Perkahwinan Kami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lagu ‘Dirgahayu’ Dendangan Siti Dan Faizal Tahir Ingatkan Saya Cabaran Dalam Perkahwinan Kami

Saya tak berapa reti nak tengok tv, hafal siaran, serta ketahui mana-mana drama yang sedang ditayangkan. Sama juga masa dalam kereta, dalam seminggu hanya 1 atau dua kali sahaja saya akan pasang radio. Kalau tak, saya jauh lebih suka duk diam-diam dalam suasana sepi. Kahkah.

Di rumah, membaca, main telefon dan bergurau dengan anak lebih best. Cumanya baru-baru ini duk terdengar lagu Dirgahayu dari Faizal Tahir dan Dato’ Siti Nurhaliza. Maka saya pun mengkajilah serba sedikit bagaimana Saudara Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong ini boleh mencipta sebuah seni yang sekali dengar terus sahaja menangkap telinga.

Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu, Dirgahayu bermaksud lanjut usia, dipanjang umur, moga-moga (dengan harapan) berbahagia dilanjutkan usia. Dan lagu ini pula menggabungkan perkataan emosi besar kepada dua pasang (atau lebih) kepada satu perasaan hebat iaitu cinta.

Panjang kisahnya bagaimana Faizal Tahir berjaya menangkap Dato’ Siti untuk menyanyi lagu yang didendangkan di corong radio kali pertama pada 12hb Ogos 2016 ini. Itu kau bacalah di Wikipedia sahaja.

Kali ini kita sembang liriknya ini bukan sahaja untuk Siri Telenovela yang diadaptasi dari Mexico, La Loba, malah ia sangat bagus untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Faizal Tahir kata:
Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Masa kami akad nikah dulu, saya memang berharapkan yang itu biarlah kali pertama dan terakhir. Tentang waktu, serah sahaja kepada Tuhan. Jika belum diizin, maka sabar. Kerana cinta mana pernah tinggalkan kita. Sentiasa ada bersama. Cewah.

Jika kau nyanyi-nyanyi lagu ini dan kau masih bujang, kau mesti ada perasaan nak kahwin. Haha. Kerana apa, kerana nyanyian ini bersifat kasih sayang. Realiti perkahwinan memang begini.

Faizal meneruskan lagi dengan:
Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Dalam hal-hal perkahwinan, sudah jadi kebiasaan kita akan serahkan segala-galanya kepada pasangan. Kita akan berkongsi semuanya. Bab mengalah dengan ujian itu pula, biasanya ada sayap ampuh di sebelah yang akan menongkat diam-diam. Itulah orang rumah kita woih.

Susah memang ya.

Kadang-kadang sampai ke tahap memandang sahaja sama sendiri, kemudian pergi kerja balik kerja. Haram tak cerita pun dengan sesiapa. Paling down waktu anakanda kami sakit, isteri kena cuti 3 bulan tanpa gaji, studio tutup dan 9 bulan tak berbayar sewa. Maka waktu itulah kami bangkit duk buat macam-macam.

Ya, ada keluarga tolong.

Cumanya taklah setiap hari. Kadang-kadang balik rumah dan korek tabung. Haha. Isteri sampai pergi tukar ke bank duit siling, adalah dapat dalam 200-300. Syukur. Lepaslah duit minyak pergi kerja, makan dan paling penting susu anak. Dan beberapa kali kena makan ubat gastrik kerana memang tak ada duit nak makan.

Sungguh tak main-main. Boleh tanya isteri. Kami sepakat untuk tak cerita pada keluarga pun. Paling utama kepada emak ayah. Bagi kami, mereka dah banyak bersusah membesarkan kami.

Ya kawan, susah macam mana pun, depan emak ayah kami happy. Cool dan tenang sahaja tanpa cerita. Jika cerita dah tentu mereka gelisah dan terpaksa menanggung beban berfikir tentang kesusahan anak menantu. Sampai sekarang prinsip ini kami pegang. Susahlah bagaimana pun, tak perlu cerita kepada mereka.

Jadi, dalam hal suami isteri, kau sambunglah ayat memberikan segalanya sesama pasangan kau. Kongsilah semuanya. Susah. Senang. Menangis. Derita. Suka. Ketawa.

Lalu Dato’ Siti menyambung dengan:

Andai takdir kita bertemu lagi
(Ku berdoa selalu)
Masihkah akan kau kenang kembali
(Takkan pernahku lepas)
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Saya hanya nampak perkataan ‘takdir bertemu lagi’ itu bukan sebuah pertemuan. Ia simbolik kepada kekuatan suami isteri dalam keadaan susah. Jika takdir kita bertemu lagi kesusahan ini (lalu ku berdoa selalu) masihkah kau akan kenang kembali (takkan pernahku lepas) peristiwa-peristiwa yang pernah kita sama-sama mengharunginya dahulu. Peh power pula saya tulis. Haha.

Lalu kita akan memahami yang cinta itu tak pernah pun tinggalkan kita.
Terima semuanya. Tidak mengalah dan terus sahaja kekal dalam cinta ini.
Akhir sekali, ayat ini menguatkan kita semua.
Tidak pernahku bersoalkan takdirNya
Dan ku percaya cintakan mengatasi semuanya.

Ini satu hal yang paling penting dalam hidup bersuami isteri ini. Tak payah persoalkan takdir. Kami kahwin, 6 tahun baru dapat budak kecil yang kuat menyembang itu. Ikutkan, boleh sahaja saling menyalahkan antara satu sama lain kerana kekurangan itu ini dalam kehidupan kami.

Syukur itu tidak berlaku. Terima sahaja dengan hati terbuka. Yakin yang kami saling mencintai antara satu sama lain. Berkasih sayang dan seronok menjalani hidup walau apa-apun yang datang, kami ok.

Lebih lagi yang tiba-tiba menjengah depan pintu itu ialah pizza yang kami order. Hahaha. Makan sahajalah walau pernah tersalah alamat kami tak order pun. Kami bayar dan makan dengan jayanya. Hahaha sekali lagi.

Begitulah Dirgahayu. Bagus lagu ini.

Terutama buat orang macam kami. Yang melalui suka duka perkahwinan baru sahaja mencecah 10 tahun.

Kadang-kadang mereka ini mencipta lagu bukan sahaja-sahaja. Pasti ada kesan yang mereka mahukan. Lebih lagi jika ia memalit rasa rindu kepada pasangan dan mencintai sekuat hati.

Kang adalah yang kata ini adalah lagha dan sia-sia. Yelah. Jika itu yang kalian rasa, rasalah. Kahkah. Jika kalian rasa itu merupakan hiburan dan boleh mengingatkan kepada peristiwa alam perkahwinan yang berjaya kalian tempuh, itu bagus juga.

Kadang-kadang kita tak sedar sahaja perkahwinan kita sudah mencecah beberapa tahun. Dan momen kecil besar ini selalu singgah apabila ada lagu, filem dan lokasi kejadian yang pernah dikongsi bersama itu lalu sendiri di hadapan mata.

Seperti emak-ayah kita, cerita Bobby, Sanggam, Mere Nam Joker siap boleh hafal lagu lagi. Zaman mereka dulu tengok wayang naik Vespa. Sekarang, asal ada sahaja filem itu ditayangkan kembali di teleivision, mereka senyum sendiri. Bukan kerana lucunya jalan cerita, ia kerana memori mereka suami ister bersama yang lalu bersama-sama dengan lenggok cerita.

Lain orang lain rahsianya. Memori yang dipahat tidak terpadam oleh masa.

Memang ya membawa bahagia. Dan semua itu semoga terus dibawa dalam Dirgahayu Cinta.

Tahniah semua, lagu ini bagus. Saya suka. Hihi.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bapa Dirgahayu Brownies Negara.

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.