Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selva Kumar Subbiah, Perogol Bersiri Baling Berbahaya Dibebaskan Dari Penjara! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selva Kumar Subbiah, Perogol Bersiri Baling Berbahaya Dibebaskan Dari Penjara!

Brian Thomas, seorang anggota polis Kanada yang telah bersara mengakui jenayah dilakukan Selva Kumar Subbiah, seorang perogol bersiri paling berbahaya berasal dari Malaysia, bagaikan filem seram, ketika mengimbau keterangan mengejutkan mangsa perogol bersiri ini.

Selva Kumar Subbiah

Dia yang pernah ditugaskan menyiasat perogol bersiri Malaysia, Selva Kumar Subbiah lebih 2 dekad lalu memberi amaran lelaki itu akan menjadi ancaman kepada masyarakat sekembalinya ke Malaysia.

“Jika dia mahu tinggal di Malaysia atau di mana saja, adakah dia akan terus (melakukan jenayah) walaupun pada usianya sekarang? Ya,” kata Brian Thomas bersama rakan sekerjanya, Peter Duggan yang menahan lelaki berusia 56 tahun itu yang dilabelkan penjenayah seks paling berbahaya di Kanada oleh pihak berkuasa negara itu.

“Kita perlu ingat, ini bukan mengenai seks. Ia tentang kuasa dan kawalan. Dia adalah kuasa dan kawalan sepenuhnya ke atas mangsanya,” kata Thomas kepada CanCrime, sebuah blog jenayah dikendalikan wartawan penyiasatan Kanada yang pernah memenangi anugerah, Rob Tripp.

Selva Kumar dijangka pulang ke Malaysia Ahad ini, selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada.

Pada 1992, dia didapati bersalah atas 19 pertuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan penggunaan bahan larangan seperti dadah dan 10 pertuduhan pelbagai serangan serta kesalahan lain, termasuk peras ugut.

Pada mesyuarat lembaga parol minggu lalu, Selva Kumar berkata, dia mempunyai “pelan pembebasan berstruktur” untuk kebebasannya di Malaysia dan juga “sokongan keluarga yang kuat”.

“Mengarut,” kata Thomas ketika ditanya mengenai jaminan bekas banduan itu, tetapi menambah beliau tahu latar belakang Selva Kumar, “sebuah keluarga yang kaya di Malaysia”.

Siapakah Selva Kumar Subbiah?

Seorang perogol bersiri kelahiran Malaysia. Ditahan ketika berusia 31 tahun dan dipenjarakan selama 24 tahun. Berusia 56 tahun ketika ini. Merupakan seorang penganut Yahudi (agama).

Selva didakwa pada tahun 1992 bulan December atas kesalahan merogol antara 500 hingga ke 1,000 wanita di Kanada.

Menurut maklumat, Selva Kumar tiba di Kanada pada 1980 tetapi tidak pernah mendapat taraf penduduk tetap.

Dia diberikan visa pelajar dan pelawat, dan mendakwa menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryerson dalam jurusan agama.

Paling teruk

Dalam wawancara audio selama 35 minit bersama Cancrime, Thomas mengimbas kembali pengalaman mengejutkan daripada lebih 500 wanita yang membantu siasatan polis.

Katanya, kes Selva Kumar adalah yang paling teruk beliau pernah saksikan sepanjang kerjayanya selama 30 tahun berurusan dengan penjenayah berbahaya.

“(Dari skala) 1 hingga 10, saya letakkan dia pada skala 15.”

Thomas mengimbau penemuannya sepanjang siasatan dijalankan, di mana Selva Kumar hampir meyakinkan seorang gadis berusia 13 tahun yang dia cuba jadikan sebagai pelacur, membunuh diri dengan terjun dari bumbung sebuah bangunan.

“(Dia beritahu gadis itu) tunggu sehingga saya turun supaya saya dapat melihatnya,” katanya sambil menambah gadis itu tiba-tiba mengubah fikirannya.

Ia antara 75 pertuduhan dihadapi Selva Kumar.

1,500 nama dan gambar mangsa Selva

Selva Kumar Subbiah

Katanya, ramai mangsa Selva Kumar hidup menderita, dengan sebahagian daripada mereka membunuh diri, ketagihan arak, dadah dan cuba membunuh diri akibat trauma dengan pengalaman sendiri.

Beliau berkata, apabila menyerbu rumah Selva Kumar, polis menemui gambar dan video mangsa serta beberapa buka termasuk “sebuah buku besar berwarna hitam dan merah”, di mana dia “memberi markah” kepada setiap mangsanya.

Thomas menganggarkan kira-kira 1,500 nama dan gambar wanita ditemui di dinding.

Katanya, polis menemubual lebih 500 wanita daripada senarai Selva Kumar dan 120 orang bersetuju memberi keterangan di mahkamah terhadap penjenayah itu.

Beliau berkata, mangsa adalah wanita muda, ada di antara mereka terdiri daripada isteri anggota polis, peguam dan wartawan.

Katanya, ramai mangsa tidak sedar mereka diberikan dadah kerana khayal selepas mereka diperdaya sehingga mempercayai lelaki itu adalah ejen bagi model.

Rakan subahat cantik dan kaya

Thomas berkata, seorang mangsa Selva Kumar memberitahu polis bagaimana beliau berada dalam koma dan sedar dengan mendapati dirinya dirogol.

“Air menitis di atasnya dan dia rasa seperti berada di bawah air terjun. Kemudian beliau membuka matanya. Dia berada di atasnya dan peluh menitik di wajahnya.

“Kemudian beliau pengsan sekali lagi akibat dadah,” katanya sambil menambah penjenayah itu akan membawa mangsanya pulang ke rumah sebelum mereka bangun dan fikir diri mengalami “mimpi buruk”.

Seorang lagi mangsa memberitahu polis bagaimana beliau bangun pada suatu pagi dan menemui bulu kemaluan orang lain di atas katilnya.

Thomas berkata, Selva Kumar mempunyai rakan subahat wanita “yang datang dari keluarga kaya”.

Beliau menyifatkan wanita itu “muda, menarik, berambut perang, berpakaian kemas” yang diberi nama samaran “Laura” dan akan mendekati wanita muda untuk mempelawa mereka bekerja bagi majikannya.

Bagaimanapun, katanya, suspek wanita itu tidak didakwa kerana dia bersetuju memberi keterangan bagi menghadapkan Selva Kumar ke mahkamah, sesuatu yang mengecewakan polis.

Bagaimana Selva melakukan jenayahnya?

Selva akan menyamar sebagai wakil agensi model, pencinta haiwan eksotik atau lepak santai di kedai kopi bagi mendekati mangsa dan seterusnya mengumpan mereka dengan minuman yang dicampurkan dengan dadah jenis Halcion.

Dalam bilik berkunci yang ditemukan penyiasat, di tempat tinggal Selva mendapati Selva melakukan beberapa perkara;
  • buku 'rate' (pemberian markah) mangsa-mangsanya.
  • ratusan gambar (tidak senonoh) dan jurnal yang membabitkan mangsa-mangsanya.
  • sejumlah besar dadah jenis Halcion.

Kenapa Selva dianggap bahaya?

Selva Kumar Subbiah

Kaedah yang digunakan oleh Selva ialah memperdaya dan memanipulasi pemikiran mangsa dengan memberi minuman yang dicampuri dengan "drug halcion" supaya pemangsa boleh mengawal mangsa seterusnya melakukan serangan seksual.

Selva juga bertindak mengambil gambar bogel ketika mangsa tidak sedarkan diri - Jabatan Parol Kanada.

Selva ialah profilic psychopath, sakit jiwa sardastik, yakni tidak mengenal erti takut, serik mahupun menyesal.

Menurut laporan Jabatan Parol Kanada pada tahun 2014, Selva tidak menunjukkan tanda-tanda keinsafan atau penyesalan terhadap perlakuan jenayah terhadap mangsa-mangsanya dan ditakrifkan boleh, akan, merancang untuk terus melakukan jenayah berulang di masa akan datang - disebabkan itu dia tidak boleh dibebaskan (dengan parol) dan perlu berada di dalam penjara (sehingga hukuman selesai).

Selva gagal dalam perintah larangan bagi menghalang pihak media menyebarkan gambarnya

Ya, Selva telah menuntut satu perintah larangan bagi menghalang mana-mana pihak media dari merakamkan wajah terkini dirinya namun perintah tersebut tidak diendahkan mahkamah.

Menurut Selva, dia bimbang berdepan dengan tindakan diskriminasi berikutan menganuti agama Yahudi namun, masyarakat sebenarnya tidak membenci agama itu. Masyarakat hanya membenci perlakuan jenayahnya.

Menurut beberapa mangsa yang tidak dinamakan, yang masih berhubung dengan pegawai kes, berharap Selva berada di dalam penjara selamanya dan berita Selva dibebaskan benar-benar membuatkan hidup mereka kembali trauma.

BACA INI JUGA: Perogol Kepanasan Selepas Baca Ayat Kursi!

Sumber: fmt





Sumber : SentiasaPanas

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! ?? ??


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.