Muka Koyak Dicakar Beruang
GUA MUSANG, KELANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli ecdera parah di bahagian muka akibat dicakar seekor beruang yang menyerangnya di kawasan hutan di Aring 8, semalam, lapor Berita Harian.
Mangsa, Dee Usop, 9, diserang haiwan tersebut ketika sedang mencari kayu gaharu bersama bapanya, Usop Ching, 39, pada jam 3 petang.
Dalam kejadian itu, Usop juga turut cedera di bahagian belakang badan, terpaksa mengendong anaknya keluar dari hutan untuk mendapatkan bantuan.
Kedua-dua mangsa kemudian diselamatkan oleh seorang pekerja ladang swasta di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Berang.
Menurut Fan, 41, dia menemui kedua-dua mangsa pada jam 4 petang semalam dalam keadaan berlumuran darah dan keletihan sebelum menghantar mereka ke Klinik Kesihatan Aring untuk mendapatkan rawatan.
“Bapa kanak-kanak itu memberitahu saya yang mereka memasuki kawasan hutan itu pada jam 12 tengah hari untuk mencari kayu gaharu, namun tidak menyedari kehadiran beruang tersebut.
“Saya takut melihat kecederaan mangsa yang terkoyak di bahagian muka akibat dicakar beruang itu,” katanya yang juga mengakui pernah terserempak dengan beruang di hutan berkenaan.
“Mujurlah mereka masih larat untuk berjalan keluar untuk meminta bantuan. Jika tidak, tak tahulah apa yang akan terjadi pada mereka,” katanya. – The Reporter
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment