Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Rindu Zaman Mahathir, Harga Barang Murah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Rindu Zaman Mahathir, Harga Barang Murah?

Ramai yang menganggap sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah waktu dimana kebanyakan barangan adalah murah berbanding kini apabila negara diteraju oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persepsi berkenaan menular dalam kalangan masyarakat dengan membandingkan harga pelbagai komoditi seperti rokok, bahan bakar petrol dan barangan-barangan lain yang jauh lebih murah pada waktu.

“Kita ambil tahun 1993, iaitu zaman pemerintahan Mahathir Mohamad,” kata pemerhati politik Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Mohd Haniff yang dipetik dari blognya, seademon.me.

“Harga Big Mac pada masa itu ialah RM3.35 manakala harga minyak RON92 (semasa itu minyak RON95 masih belum wujud di Malaysia) berharga RM1.06 seliter,” ujarnya.

Mengukur kuasa membeli pada itu dengan pendapatan purata warga Malaysia sekitar RM1,077 dan masyarakat Bumiputra RM887, ini bermakna rakyat pada waktu berkenaan mampu membeli 321 dan 265 Big Mac.

Perkiraan kuasa membeli menggunakan teori Indeks Big Mac merupakan kaedah yang digunakan pakar ekonomi bagi mengukur nilai kemampuan membeli sesetengah rakyat disamping mengukur kadar kenaikan kos sara hidup dari semasa ke semasa.

Nota Ana Ghoib: Cakap pasal rokok pada tahun lepas bermula perebutan dikaitkan dengan orang kenamaan untuk memiliki kilang mencetak dokumen kerajaan dari pasport, pas pekerja asing ke setem cukai sebagai contoh yang kini diwajibkan ada pada kotak rokok.

Maka kos meningkat ditambah dengan beban GST lalu pengilang rokok tutup kedai di PJ dan lari ke Thailand di mana ratusan pekerja diberhentikan, belum ditambah kilang pembuatan di Seremban dan Penang.

Teringat kata Tun Daim Zainuddin mengenai tiada siapa yang akan melabur di negara yang tidak hormat sistem perundangan sendiri dan semestinya ada kaitan dengan BALA ekonomi yang menimpa hari ini.

Dan barang diingat bahawa menurut hadis apabila Allah murka kepada sesuatu kaum ia menimpakan mereka bencana sedemikian jika dahulu disebut di dalam Al Quran, Taurat dan Bible bencana tumbuh-tumbuhan tidak menjadi.

Kesimpulannya pendapatan terhasil dengan cukai dan idea-idea menekan peniaga dan pengguna dilakukan secara mendadak tanpa rundingan kerana pemimpin masakini mengikut ketua yang bergaya mahu menjadi kapitalis TOTOK mengikut buku ekonomi barat yang dipelajarinya di luar negara tanpa menurut acuan dan ukuran rakyat Malaya.

Bak kata melayu tidak mengukur baju ikut badan sendiri tetapi yang paling bangang ialah pemimpin ini pula hidup ditanggung rakyat tetapi berbelanja menurut selera dan gaya sendiri tidak mahu berkurang sedikit pun.

The post Rakyat Rindu Zaman Mahathir, Harga Barang Murah? appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.