Kerajaan Singapura Mengetatkan Undang-Undang Penyewaan – Airbnb Terjejas
Bagi mereka yang ingin berjimat sedikit ketika bercuti di mana-mana, biasanya menyewa bilik ataupun tempat duduk di Airbnb adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menjimatkan sedikit wang yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti riadah lain.
Bagi mereka yang gemar turun ke Singapura, ada berita buruk jika anda selalu menyewa tempat duduk menggunakan servis Airbnb. Kerajaan Singapura baru sahaja meminda undang-undang di bawah badan Urban Redevelopment Authority (URA) berkaitan penyewaan tempat tinggal.
Kini, pemilik rumah di negara tersebut tidak boleh menyewa rumah atau bilik-bilik di dalam rumah tersebut selama kurang daripada enam bulan. Mereka yang didapati mengingkari undang=undang baru tersebut boleh disaman sehingga S$200,000, ataupun dipenjara selama setahun.
Menurut kenyataan dari URA, pindaan tersebut dilakukan kerana badan tersebut menerima banyak aduan tentang perasaan kurang selamat kerana ramai penyewa Airbnb ini bukan sahaja orang yang tidak dikenali, malah terdapat juga ramai daripada mereka yang selalu menggangu ketenteraman awam.
Ini mungkin satu kerugian yang agak besar buat Airbnb, tetapi ada kemungkinan bahawa masalah ini hanya akan menjejaskan syarikat tersebut untuk sementara waktu sahaja.
URA menyatakan bahawa residensi yang digunakan untuk penyewaan Airbnb haruslah dikawal-selia seperti hotel, dan bisnes-bisnes seumpamanya. Pindaan undang-undang juga harus dilakukan untuk menampung model bisnes seperti Airbnb, dan juga pengeluaran lesen supaya pemilik-pemilik rumah ini bertanggungjawab ke atas mereka yang menyewa bilik-bilik mereka.
Keputusan negara jiran untuk menyekat model bisnes Airbnb agak mengejutkan, dan kami berharap dengan meluluskan undang-undang untuk syarikat-syarikat homestay sepertinya, akan membolehkan mereka meneruskan perniagaan mereka seperti biasa.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kpXdBL
Post a Comment