Hi! Welcome Back and Stay Tune! Demi Nama Baik UMNO, Jamal Tekad Lepas Jawatan Ketua Bahagian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Demi Nama Baik UMNO, Jamal Tekad Lepas Jawatan Ketua Bahagian

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md Yunos muktamad meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar.

Kata Jamal, dia tekad dengan keputusannya itu kerana tidak mahu nama baik dan maruah UMNO dan BN tercalar dek tindakannya ditahan polis kerana menyerbu pusat judi di Ampang tempoh hari.

“Saya tak mahu libatkan apa yang berlaku kepada saya dengan UMNO, saya bergerak dengan kawan-kawan saya atas nama NGO.

“Yang penting bukan jawatan saya, tetapi hidup saya adalah demi rakyat negeri Selangor,” kata Jamal dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

“Ini soal maruah. Saya sayangkan UMNO dan saya rela berkorban,” kata Jamal, disambut laungan sokongan daripada ahli UMNO bahagian yang hadir.

Bagaimanapun beliau menyerahkan segalanya kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar untuk keputusan selanjutnya.

Jamal juga memaklumkan akan menghantar surat perletakan jawatan hari ini dan akan berjumpa Tan Sri Noh Omar dalam masa terdekat.

Di sidang media tersebut, Jamal berkata perbuatan mereka “mungkin melampaui batas” dari segi undang-undang, tetapi dari segi moral, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat.

Dia meneruskan kritikannya terhadap kerajaan negeri Selangor, mendakwa terdapat 7,000 pusat hiburan keluarga di negeri itu yang disalahgunakan untuk tujuan perjudian.

Sebelum ini, Jamal mengumumkan kemungkinan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar serta semua jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang disandang.

Jamal membuat pengumuman selepas dibebaskan bersama sembilan tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada kira-kira pukul 7 malam 6 Februari lepas.

The post Demi Nama Baik UMNO, Jamal Tekad Lepas Jawatan Ketua Bahagian appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.