Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas Lukis Badut Najib: Fahmi Reza Dicalon Anugerah Kebebasan Ekspresi UK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas Lukis Badut Najib: Fahmi Reza Dicalon Anugerah Kebebasan Ekspresi UK

Artis grafik dan aktivis yang melakar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berwajah badut dicalon bagi anugerah kebebasan berekspresi oleh sebuah pertubuhan bukan berasas keuntungan di United Kingdom.

Fahmi Reza disenarai pendek dalam lapangan seni untuk Indeks Anugerah Tapisan Kebebasan Ekpsresi 2017, bersama-sama 15 calon lain dari seluruh dunia yang berjuang menentang penapisan daripada kerajaan masing-masing.

Selain imej Najib bermuka badut, kumpulan itu juga mengambilkira peranan Fahmi menggalakkan perdebatan mengenai kebebasan bersuara di Malaysia dengan hastag #KitaSemuaPenghasut.

“Kreativiti dan keberanian daripada calon-calon yang disenarai pendek dalam mencabar sekatan pada kebebasan bersuara mengingatkan kita bahawa perbuatan kecil – daripada gambar kepada puisi – boleh mempunyai impak yang besar.

“Calon-calon kami telah menghadapi hukuman yang berat kerana mempertahankan kepercayaan mereka. Anugerah ini mengiktiraf keberanian dan komitmen mereka kepada kebebasan bersuara, “kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu, Jodie Ginsberg

Fahmi ditahan pada 4 Jun tahun lalu kerana menjual kemeja T #KitaSemuaPenghasut yang memaparkan imej Najib bermuka badut.

Seminggu kemudian, dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Multimedia 1998 kerana memuat naik imej menghina kepimpinan negara di Facebook.

Calon-calon lain yang disenarai pendek termasuk kartunis politik China, Wang Liming yang dikenali sebagai Rebel Pepper, organisasi LGBT Honduras Arcoiris dan pastor Zimbabwe, Ewan Mawarire.

Pemenang terdahulu bagi anugerah yang kini memasuki tahun ke-17 itu termasuk pemenang Hadiah Nobel Malala Yousafzai dan wartawan Rusia yang dibunuh, Anna Politkovskaya.

Pemenang tahun ini akan menerima anugerah dalam satu majlis di London pada 19 April.

The post Lepas Lukis Badut Najib: Fahmi Reza Dicalon Anugerah Kebebasan Ekspresi UK appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.