Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dron Berkamera Terkecil Di Dunia Diperkenalkan Khas Buat Kaki Selfie - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dron Berkamera Terkecil Di Dunia Diperkenalkan Khas Buat Kaki Selfie

Trend swafoto atau lebih dikenali sebagai selfie mungkin bukan sesuatu yang baru. Trend ini dilihat semakin berkembang selepas pengguna mula berubah daripada menggunakan smartphone kepada GoPro. Dalam pada itu, mendapatkan gambar yang beramai-ramai atau wide turut menjadi masalah buat pengguna.

Menggabungkan tenaga kerja dari London, Milan dan Shanghai syarikat ini telah hadir dengan sebuah produk yang inovatif iaitu AirSelfie. Sebuah dron mini khas buat kaki selfie.

Hadir dengan saiz seberat 52 gram serta boleh dimuatkan dalam poket, AirSelfie mungkin antara dron yang terkecil dengan rekaan paling inovatif setakat ini. Penyediaan 4 kipas pada AirSelfie membolehkan dron ini diterbangkan sehingga 20 meter meskipun mempunyai saiz yang ‘comel’.

Turut didatangkan bersama AirSelfie adalah sebuah case yang sangat cool dan practical. Bukan sekadar untuk menyimpan AirSelfie di dalam poket dengan lebih terurus, malah turut menjadi port pengecasan buat AirSelfie.

Nak tahu apa lebih awesome? Pengawalan AirSelfie boleh terus dikawal menggunakan smartphone anda. Hanya perlu setkan kepada sudut yang diingini dan klik butang ‘shoot‘ untuk mengambil gambar.

Setakat ini AirSelfie cuma ditawarkan secara terhad di KickStarter dengan harga permulaan $261.45 (~RM1160.84). Sememangnya sebuah harga yang premium untuk sebuah device yang cool khusus buat kaki selfie.

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.