Hi! Welcome Back and Stay Tune! SideArm – Robot Menangkap Dron Mendarat Untuk Kegunaan Ketenteraan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SideArm – Robot Menangkap Dron Mendarat Untuk Kegunaan Ketenteraan

Penggunaan dron semakin meningkat di dalam sektor ketenteraan. Amerika Syarikat, China dan Israel adalah tiga negara yang giat membangunkan pelbagai dron untuk digunakan oleh kesemua cabang tentera negara mereka. Antara masalah yang utama penggunaan dron pada kapal perang ialah tiada ruang mendarat yang mencukupi. Dron VTOL TERN 3 yang sedang dibangunkan masih belum bersedia untuk digunakan dan tidak mempunyai jarak penerbangan yang jauh berbanding dron rekaan konvensional.

Oleh itu sistem pendaratan harus dicipta untuk kegunaan di atas geladak kapal perang bersaiz kecil. SideArm ialah robot menangkap dron yang dibangunkan oleh DARPA. Robot ini akan menangkap dron yang terbang secara automatik dan turut berfungsi sebagai sistem pelancar dron dua dalam satu. Sistem SideArm mampu mengangkat dron dengan berat maksimum 410 Kilogram.

Selain digunakan pada geladak kapal, DARPA turut berharap ia boleh dipasang pada pesawat kargo Lockheed Martin C-130 Hercules dan lori untuk kegunaan pelbagai misi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ljBQUp

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.