Gambar Jam Tangan Pertama Android Wear Daripada ZTE Tertiris Ke Arena Web
Terdapat pelbagai pengeluar jam tangan yang menggunakan platform Android Wear, dan dengan pelancaran Android Wear 2.0 yang semakin hampir, lebih ramai dijangka akan hadir dengan penawaran mereka tersendiri. Kini, pihak ZTE turut dilihat sedang dalam persiapan mereka tersendiri.
Melalui gambar tertiris yang dikongsikan evleaks hari ini, ia memperlihatkan ZTE akan hadir dengan jam tangan pintar pertama mereka berasaskan sistem operasi Android Wear. ZTE dijangka memanggilnya sebagai ZTE Quartz.
ZTE dijangka menyertakan sokongan selular pada jam tangan pintar ini. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak ZTE akan memperkenalkannya. Mungkinkah kita akan melihatnya pada MWC 2017 kelak?
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment