Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Kerana Obses Nak Cantik, Tinggal Ubat Kencing Manis, Gadis Koma Dan Temui Ajal," Doktor Ini Kongsi Kisah Terjadi Kepada Pesakitnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Kerana Obses Nak Cantik, Tinggal Ubat Kencing Manis, Gadis Koma Dan Temui Ajal," Doktor Ini Kongsi Kisah Terjadi Kepada Pesakitnya

Derita kerana obses untuk cantik? ia bukanlah perkara pelik, kerana ramai orang sudah menjadi mangsa gara-gara tindakan sendiri yang mudah mempercayai kata-kata manis penjual.

Ada yang pakai beli sahaja bila mendengar janji-janji manis penjual tanpa memeriksa dahulu adakah ianya mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) atau adakah betul ubat berkenaan mendapat pengesahan KKM.

Jika kita menghidapi sesuatu penyakit, dapatkanlah rawatan doktor terlebih dahulu, jika doktor nasihatkan makan ubat, janganlah melawan atau buat ‘kepala sendiri’ kerana doktor lebih tahu akan kondisi penyakit kita.

Dikongsikan oleh seorang doktor bernama Dr Rafidah Abdullah, kisah yang menimpa pesakitnya yang menghidapi kencing manis, gara-gara nak cantik, dia meninggalkan ubatan hospital dan mengamalkan produk kecantikan lain.

Namun, malang tidak berbau, akhirnya beliau telah dikejarkan ke hospital kerana tenat dan akhirnya meninggal dunia gara-gara produk yang diambil.

Jom kita baca.

Nak cantik punya pasal, ubat kencing manis dilupakan – akhirnya membawa maut!

Umur baru 17 tahun. Kencing Manis dah 2 tahun, tapi tak mahu ambil insulin. Ye lah, masih muda kan, muka cantik lagi penting. Lantas beliau hanya makan ubat & sapu-sapu untuk tujuan kosmetik sahaja. Betul, kulit beliau lembut (sebenarnya terlampau lembut) dan bersinar-sinar (glowing).

Sayangnya, ubat-ubat tersebut mengandungi STEROID! Steroid ini menjadikan kandungan gula dalam darah terlampau tinggi. Lantas beliau datang dalam keadaan tenat dengan komplikasi DIABETIC KETOACIDOSIS. 

Bacaan gula 45 mmol/L. Bukan itu sahaja kulit beliau yang disapu berkarton ubat-ubat nak lawa (juga mengandungi steroid) sangat nipis (atrophy), senang luka dan ada kawasan yg nanah terkumpul dibawah kulit (abcesses, seperti gambar hiasan)


Beliau mengalami Septicaemia (kuman melarat masuk dalam darah); kuman dikenal pasti sebagai Staphylococcus Aureus. Bukan calang-calang kuman, dah merebak ke pelbagai organ – buah pinggang, paru-paru, jantung (dipanggil “multi-organ failure”). Beliau tidak dapat bernafas, koma dan menemui ajal selepas berperang lebih 20 hari di Unit Rawatan Rapi.

JANGAN sekali-kali tinggalkan ubat doktor sarankan terutama untuk penyakit seperti Kencing Manis. Kalau mengalami Type I Diabetes Mellitus seperti pesakit ini, ianya disebabkan kekurangan sel-sel beta kelenjar pankreas, jadi kuranglah penghasilan insulin. Pesakit ini perlu insulin dan banyak lagi matlamat rawatan (CPG 2016). Tapi kalau tak kisah, macamana?

Kebanyakan pesakit lain di Malaysia mengalami jenis Type II Diabetes Mellitus, yang rawatan asasnya adalah perbetulkan gaya hidup; makan seimbang, senaman yang cukup & berat badan di paras optima (BMI 18-23).

Disini saya nak mengingatkan, bacaan paras gula BUKAN menjadi ukuran samada kencing manis seseorang itu terkawal atau tidak. Kalau ada Kencing Manis, masa temujanji bolehlah tanya doktor, berapa paras HbA1C (iaitu purata kawalan Kencing Manis selama 3 bulan – ujian ini adalah rutin). Bacaan HbA1C kebiasaannya perlu antara 6.0 hingga 7.0%; bergantung kepada profil risiko pesakit (CPG 2015). Lagi tinggi, maksudnya teruk lah kawalan kencing manis itu.

Kalau puasa lebih 2 hari sebelum ambil darah memanglah akan jadi rendah! Kadang kala datang klinik hampir nak pengsan pun ada. Kami doktor tahu “helah” begini. Satu bacaan paras gula tidak cukup untuk kami tahu keperluan rawatan. Kami memerlukan SMBG; iaitu bacaan gula beberapa kali sehari (contoh sebelum & 2 jam selepas makan: sarapan, tengahari, malam, juga sebelum tidur). 

Tak payah lah cuba cara ini & jangan percaya testimoni jurujual semua sebab saya belum tengok mereka sebut HbA1C. Iklan kata bacaan gula turun itu sebenarnya TIDAK BERMAKNA langsung. Helah menipu masyarakat semata-mata.


Pendapat saya, kalau emak ayah yang ada Kencing Manis, mohon anak-anak belikan mesin pemeriksaan gula supaya mereka boleh pantau sendiri dirumah. Mesin ini tidak mahal, keluarkan duit sedikit untuk kesihatan mereka, apa salahnya. Kalau tidak mampu, boleh mohon para Doktor merujuk ke Jabatan Kebajikan untuk bantuan. Pendek kata, tiada alasan untuk pesakit Kencing Manis tidak mempunyai mesin tersebut dirumah.

Rawatan Kencing Manis ini sebenarnya didalam tangan pesakit sendiri; nak buat atau tidak, itu sahaja.

Fokus masyarakat kita nampaknya banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Mana lagi penting, luaran atau dalaman anda?

Kulit luaran yang “glowing” tidak berguna akhirnya.

#JanganKacauPesakitKronik

Dr Rafidah Abdullah

Pakar Perubatan/Nefrologi

Siakapkeli.my





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.