Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Aku Tak Pernah Curang Dengan Kau, Tapi Ini Bukti Yang Kau Curang Dengan Aku!' – Pengadu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Aku Tak Pernah Curang Dengan Kau, Tapi Ini Bukti Yang Kau Curang Dengan Aku!' – Pengadu

SEMABOK, MELAKA – Viral di media sosial video seorang lelaki menerjah teman wanitanya berada di dalam kereta seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki keduanya. 

Video berdurasi 55 saat itu dimuat naik Nazrin Rosli dan kini viral di media sosial, 15,000 share dan 15,000 likes. 
Menurut Nazrin, selama dia bercinta dengan gadis itu, dia tidak pernah curang. Namun Nazrin mendakwa perbuatan gadis idamannya itu terbongkar hasil intipannya selama 4 jam 30 minit, petang semalam. 
“Aku tak pernah curang dengan kau. Ini bukti yang kau curang dengan aku. Kau ingat aku bodoh eh macam budak-budak? Pembohong. 
“Kata sakit, pergi klinik dengan kawan. Habis tu, motosikal parking di Petronas Semabok. Bila tanya, kau cakap tak larat nak bawa motor. Padahal kau keluar dengan lelaki lain. Bila aku tanya, kau cakap tak ada,” tulisnya di Facebook. 

Jelas Nazrin, dia sanggup mengintip teman wanitanya itu dari jam 11.30 pagi hingga 4 petang dan hasilnya mendapati gadis itu bermain kayu tiga. 

“Aku punya sayang pada kau, tetapi macam ini yang kau balas pada aku? Aku bukan baru satu hari bercinta. 
“Rupanya dah berkawan dengan lelaki itu hampir dua bulan dan dalam masa yang sama bercouple dengan aku. Katanya nak sayang dua-dua,” katanya. 

Nazrin juga turut berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan gadis itu cuba menghubunginya sebanyak 125 kali dipercayai cuba memujuk Nazrin. 

Difahamkan Nazrin telah membuang perkongsian gambar-gambar perbualan WhatsApp mereka berdua yang menjadi bualan netizen.

Sementara itu, rata-rata netizen menganggap kes berkenaan terlalu remeh untuk diviralkan dan tidak menampakkan diri matang. Lagipun, baru peringkat bercinta, mereka belum mempunyai sebarang ikatan yang sah sehingga perlu disebarkan seperti itu.

Semalam, seorang lagi lelaki meluahkan perasaan kecewanya apabila mendapati dirinya ‘terjaga’ jodoh orang selama ini yang juga viral di media sosial. – The Reporter






Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.