Kisah pelajar Malaysia yang tinggalkan keluarga untuk kumpulan komunis di London
Baru-baru ni, channel antarabangsa BBC ada menyiarkan sebuah dokumentari bertajuk ‘The Cult Next Door’. Ia mengisahkan Workers’ Institute (WI), sebuah kumpulan berfahaman komunis Maoist yang telah ‘mengurung’ pengikut-pengikutnya selama berpuluh-puluh tahun di London.
Cult? Kumpulan ajaran sesat? Eleh apa nak heran, sebelum ni pun SOSCILI pernah cerita pasal kumpulan-kumpulan terrorist paling gerun dan juga serial killer paling horror. Tapi apa yang membuatkan Workers’ Institute (WI) ni menarik perhatian kitorang adalah kerana salah sorang dari pengikut tegarnya adalah wanita Melayu yang tinggalkan keluarganya sendiri selama lebih dari 30 tahun! Macam dah kena pukau pun ada.
Nama wanita ini adalah Siti Aishah Abdul Wahab. Time dia study kat London lah yang tetiba dia terpesong masuk ke dalam cult ni. So ape ajaran dorang yang sebenarnya ni dan macam mana si Aishah ni boleh tertarik kat kumpulan ni?
Workers’ Institute, kumpulan komunis Maoist yang tersimpang
Ala Balakrishnan yang membesar kat Singapura datang ke UK untuk melanjutkan pelajaran kat London School of Economics (LSE). Kat LSE ni memang banyak student dan lecturer yang berhaluan kiri, jadi Bala pun cepat je terlibat dengan aktiviti berhaluan komunis. Tapi pada tahun 1967 dia sendiri kena tendang keluar daripada universiti, ditarik kewarganegaraan oleh Singapura, dan pada tahun 1974, kena tendang keluar pulak daripada Parti Komunis England.
Agaknya sebab dah tak tahan asyik kena tendang, Bala tubuhkan kumpulan dia sendiri yang dipanggil
Bala dan beratus-ratus pengikutnya memang komited dalam menyebarkan fahaman komunis Maoist versi dia sendiri, walaupun dorang ni tak sebulu pun dengan mana-mana kumpulan komunis yang lain. Misi Bala adalah untuk membawa revolusi komunis Cina, membebaskan Britain dan membina dunia baru.
“Balakrishnan memang karismatik dan berkuasa. Dia tak menganggap diri sendiri sebagai orang yang biasa, tetapi sebagai seorang individu yang istimewa.” – David Vipond, bekas komunis, dipetik oleh The Telegraph.
Tapi setelah banyak bergaduh dengan kumpulan lain dan kena serbu dengan polis, kumpulan Bala makin lama makin kecil dan makin senyap. Pada tahun 1980, dorang akhirnya berpindah ke sebuah rumah di Brixton untuk bersembunyi daripada kerajaan British yang dorang gelar sebagai ‘fasis’ (fasis ni lebih kurang macam kerajaan kuku besi la).
Kat Brixton lah kumpulan komunis Bala bertukar menjadi sebuah cult, di mana dia ‘mengurung’ pengikut-pengikut setianya. Salah seorang daripadanya adalah Aishah Wahab dari Malaysia.
Aishah join kumpulan Bala, tinggalkan keluarga dan tak pernah balik
Pada tahun 1968, Aishah datang ke UK sewaktu berumur 24 tahun apabila dia dapat biasiswa untuk belajar kursus ukur bahan. Dia mula tertarik dengan ajaran WI apabila menghadiri ucapan Bala di Malaysian Hall, London:
“Bala memang satu inspirasi. Dia seorang yang hebat sebab boleh bersihkan minda kami supaya kami tahu apa yang kami boleh buat dengan hidup kami.” – Aishah Wahab, dalam temubual bersama BBC.
Waktu kumpulan ni baru berpindah ke Brixton, pengikut-pengikut la yang kena cari duit, walaupun Bala dan isterinya goyang kaki. Aishah sendiri pernah bekerja di farmasi dan dan kedai runcit. Setiap hari pengikut Bala kena bangun pagi untuk jaga rumah, masak untuk Bala, dan mendengar ajaran Bala sehingga berjam-jam. Malah Bala tak benarkan dorang pergi ke hospital ataupun doktor gigi.
Horror betul, tapi kenapa dorang tak lari je? Menurut seorang bekas pengikut, Bala sebenarnya tak memaksa wanita-wanita tersebut untuk tinggal kat dalam rumah tu, tapi dia berjaya meyakinkan yang dia adalah ‘Tuhan’ dan penyelamat dunia.
Bila interviewer BBC tanya Aishah samada dia sedar tak yang dia sebenarnya kena brainwash, ini jawapan dia:
“Minda kami… sangat kotor. Ia perlu dibasuh daripada segala idea. Kalau kamu ingin membina dunia baru, kamu tak boleh bawa benda yang lama, jadi kami kena buang yang lama dan isikan dengan yang baru.” – Aishah, dipetik oleh BBC.
Untuk menakut lagi pengikut dia, Bala kata dia ada mesin ‘Jackie’ iaitu singkatan kepada Jehovah, Allah, Christ, dan Immortal Easwaran – sebuah satelit komputer buatan China yang kononnya boleh mengawal dunia. Sampaikan kalau ada bencana alam keluar kat TV pun rileks je Bala kata Jackie yang buat.
Katy, anak kecil yang tak pernah keluar dari rumah selama 22 tahun
Pada tahun 1983, Bala mulakan Projek Prem untuk menakluk dunia. Dalam projek ini, Bala bereksperimen dengan cara penjagaan anak di mana anak tersebut takkan ada mak bapak, sebaliknya dijaga oleh kumpulan WI. Rancangan Bala adalah supaya anak tersebut akan menjadi ‘perajurit’ Bala yang utama.
Anak kecil ini adalah Katy, atau nama asalnya Prem Maopinduzi Davies. Nama ‘Davies’ diambil daripada ibunya Sian Davies yangjuga merupakan pengikut Bala. Tapi waktu tu, Bala kata Katy telah dibuat oleh Jackie.
Katy hanya dibenarkan pakai ‘genderless clothing’ (pakaian bukan lelaki dan bukan perempuan). Hanya Bala yang boleh belai Katy sebab Bala kata belaian daripada perempuan lain adalah perbuatan lesbian.
“Ia sangat kejam… kadang-kadang saya ingin dipeluk. Dan kadang-kadang saya fikir betapa sukarnya bagi ibu saya yang tak dapat memeluk saya.” – Katy, dalam interview dengan BBC.
Satu hari Katy terkencing dalam seluar waktu dia berumur 4 tahun, dan Aishah dipersalahkan. Aishah yang memang tak setuju dengan cara penjagaan Katy ni sangat marah sampai rasa nak lari. Tapi bila dia fikir yang dia tak ada duit, tak kerja dan takde keluarga, dia batalkan niat tu.
Katy makin tak percaya dengan kata-kata Bala dan akhinya cuba melarikan diri sewaktu berumur dia 22 tahun. Tapi bila dia pergi jumpa polis, polis telefon Bala dan Katy pun kembali dikurung selama 8 tahun lagi.
Bila Katy jatuh sakit, mereka mula merancang untuk melarikan diri
Waktu Katy berumur 14 tahun, mak dia iaitu Sian Davies mengalami masalah mental sampaikan pernah cuba cuba menikam diri sendiri dengan pisau. Dan pada malam sebelum Krismas, keadaan Sian semakin teruk:
“Saya terdengar jeritan di tengah-tengah malam. Jadi saya turun ke bawah dengan Aishah dan terjumpa Sian terbaring di atas lantai. Kaki dan tangannya diikat dan mulutnya disumbat.” – Katy, dalam interview dengan BBC.
Bala kata yang Sian cuba melarikan diri, sebab tu dia kena ikat. Oleh kerana Sian tak dapat keluar ikut pintu, dia pun keluar ikut tingkap dan jatuh ke tanah. Selepas koma selama 7 bulan di hospital, Sian meninggal dunia.
Bukan Sian sorang je yang mati di dalam rumah Bala. Seorang lagi pengikut yang datang dari Malaysia, Oh Kar Eng, pernah terhantuk kepalanya kat kabinet dapur dan dapat stroke, tapi Bala dan isterinya tak bagi Kar Eng pergi hospital. Esoknya, Kar Eng mati.
Jadi bila Katy sakit teruk dengan diabetes, pengikut setia Bala, Josie sangat bimbang dan mula fikir macam mana dorang boleh larikan diri. Dia pun hafal nombor telefon yang dia dengar kat TV, mula simpan duit, siap seludup telefon bimbit. Setelah beberapa panggilan dibuat, beberapa pertubuhan mula merancang untuk menyelamatkan Katy.
Akhirnya pada 25 Oktober 2013, time Bala pergi shopping, Josie dan Katy pun pergi melarikan diri. Bila Josie nampak polis, dia mula menyesal sebab takut dia akan menyusahkan Bala, tapi Katy pulak memang dah sanggup tinggal kat rumah tu lagi.
“Saya tak sanggup hidup bagaikan seekor binatang,” – Katy.
Aishah yang tak tahu apa-apa waktu tu hanya duduk rumah dan memasak. Jadi bila pihak polis datang menyerbu, Aishah pun terkejut tapi dia ikut polis dan membebaskan diri daripada Bala.
Walaupun dah bebas, Aishah tak mau balik Malaysia
Aishah, anak ke-11 daripada 12 adik-beradik tak pernah balik Malaysia setelah sampai di London. Menurut adik Aishah, keluarga dia sebenarnya dah lama tau pasal aktiviti radikal Aishah. Malah abang-abang dia dah berulang kali datang ke London untuk membawa Aishah balik Malaysia.
“Bagaimanapun, usaha abang-abang saya ini menemui jalan buntu sekalipun mereka telah ke rumah Kak Esah di London namun kakak saya itu tetap enggan keluar bertemu. Sehinggalah ada antara abang meninggal dunia pun, Kak Esah belum ditemui,” – Tahir Abdul Wahab (adik Aishah), dipetik oleh Utusan.
Tapi sewaktu Tahir sedang bekerja sebagai Pengurus Besar Bank Bumiputera London, tiba-tiba Aishah telefon, kata ingin datang melawat setelah 16 tahun hilang berita. Tahir punyalah gembira, tapi sangat pelik melihat tindak-tindak Aishah yang sentiasa dipantau oleh Bala (yang turut datang sekali).
Setelah Aishah bebas pada tahun 2013, kakak Aishah, Kamar Mahtum terus datang ke London. Dorang berpelukan panjang dan Kamar mula menangis.
“Dia tanya, ‘mak macam mana’ dan saya jawab ‘mak dah pergi’. Dia tak menunjukkan sebarang emosi. Ada air mata yang mengalir, tapi saya rasa ianya sekadar tanda hormat kepada saya.
Tiap kali dia cakap sesuatu yang buat saya tersenyum dia akan kata, ‘Saya suka (kakak) senyum. Jangan la masam, senyum.” – Kamar Mahtum (kakak Aishah), dipetik oleh National Post.
Tapi bila dipujuk balik ke Malaysia, Aishah tak mahu. Dia kata dia ada dia tak pernah sunyi di London, ada kawan, dan ada kerja yang ingin dibuat. Kamar kecewa sebab rasa dia dan keluarganya tak berapa penting buat Aishah.
“Sekurang-kurangnya saya tahu perasaan saya tak pernah berubah, saya sayangkan dia sebagai adik saya sama seperti dulu. Saya rasa dia juga sayangkan saya, tapi belum bersedia nak tunjukkan perasaan tu.” – Kamar Mahtum, dipetik oleh National Post.
Hidup selepas bebas dari cengkaman Bala
Bala akhirnya didapati bersalah atas tuduhan merogol, jenayah seks, dan kekejaman dan penahanan anak sendiri pada Januari 2016 dan akan dipenjarakan.
Katy sekarang sedang belajar di kolej dan tinggal di apartment sendiri. Josie sampai sekarang pun masih ikut ajaran Bala dan masih buat protes untuk membebaskan Bala. Aishah pulak ni tinggal di rumah orang tua kat Britain, dan masih ingin menyumbang kepada dunia.
Bila tengok balik, sebenarnya wanita-wanita yang ‘dikurung’ oleh Bala ni adalah pelajar-pelajar yang sangat bijak, jadi macam mana dorang boleh percaya cerita Bala yang karut-marut? Menurut artikel dalam Pyschology Today, sebuah cult biasanya memberikan jawapan unik kepada persoalan-persoalan besar seperti makna hidup, rahsia kebahagiaan, beza antara yang benar dan yang salah, dan sebagainya. Mungkin sebab tu la kita boleh tengok ramai orang cerdik pandai boleh join ajaran sesat macam Ayah Pin dan Al-Arqam.
Malah bagi Aishah sendiri, walaupun telah bebas daripada kurungan Bala selama 40 tahun, dia masih sebak bila terkenangkan saat dia meninggalkan Bala dan isterinya, sewaktu rumah Bala diserbu polis.
“Saya bagitahu polis yang saya akan ikut mereka. Tapi sewaktu saya berjalan keluar saya nampak Chandra dan Bala, dan saya peluk mereka.
Tak kira apa rasa ragu-ragu saya ketika itu, saya peluk mereka.”
(Artikel ini ditulis dengan bantuan Niq.)
Sumbangan : SOSCILI http://ift.tt/2l4IV8t
a href='http://ift.tt/2dfzQXt' imageanchor='1' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;'>
Post a Comment