Piala FA: MU Singkir Naib Juara Musim Lalu
PEMAIN Melaka United, Mohd Faizal Muhamad (depan) diasak pemain PKNS FC, Lucas Sebastian Espindola pada perlawanan Piala FA 2017 di Stadium Hang Jebat, Krubong. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber
MELAKA: Pasukan Melaka United mengenepikan naib juara Piala FA musim lalu, PKNS FC, 1-0 dalam saingan pusingan kedua di Stadium Hang Jebat, dekat sini, malam tadi.
Jaringan kemenangan dan tunggal skuad Hang Tuah itu diperoleh menerusi pemain kebangsaan, Amri Yahyah pada minit ke-66.
Penyerang berpengalaman itu melakukan rembatan deras buat mengecewakan penjaga gol skuad Semut Merah, Zamir Selamat.
Kemenangan itu sekali gus melonjakkan kembali motivasi skuad bimbingan Eric Williams yang sebelum ini menyaksikan anak buahnya tewas di tangan T-Team di gelanggang sama, minggu lalu.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment