Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Tips Berbelanja Agar Tidak ‘Pokai’ Pada Hujung Bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Tips Berbelanja Agar Tidak ‘Pokai’ Pada Hujung Bulan

“Aduh, tol naik, minyak naik, GST lagi, belanja pun makin bertambah la nampaknya.”

Gaya hidup sebagai wanita memang memerlukan banyak belanja. Untuk mekap, baju, rambut, penjaagaan wajah dan banyak lagi lah.

Advertisement

Jadi, berjimat adalah jalan paling selamat untuk menangani masalah pokai setiap hujung bulan.

10 cara ini mungkin berguna untuk selamatkan duit gaji anda!

1.Kawal guna kad kredit

Gunakan ketika benar-benar perlu sahaja. Kita semua tahu, kad kredit ni umpama jerat paling bahaya. Elakkan berbelanja runcit dengan kad kredit kerana nafsu membeli sukar dikawal.

2. Bandingkan harga

Sebelum beli, bandingkan dulu harga. Mungkin barang tersebut sama tetapi harganya tidak sama di tempat yang lain-lain. Harus jadi pembeli dan pengguna bijak mulai sekarang.

3. Guna kenderaan awam

Jangan sesekali membazir petrol kereta atau motosikal tanpa keperluan dan tujuan. Paling bijak gunakan kenderaan awam seperti bas, LRT dan Monorail. Jika rumah anda tak ada semua tu, cuba untuk berkongsi kereta dengan rakan.

4. Masak di Rumah

Kalau anda tinggal di rumah bujang, memasak di rumah adalah yang terbaik. Selain berjimat, kamu juga dapat mengasah skill memasak yang konon terpendam tu.

5. Kawal bajet

Anda boleh kawal perbelanjaan mengikut bajet harian. Contohnya, hari ini tak boleh belanja lebih daripada RM50. Maka, lebihan duit itu boleh dibawa ke hari yang kemudian.

6. Mix & Match Baju

Perempuan ni bila bosan dengan baju yang sama je, mula la nak shopping. Anda boleh mix & match pakaian yang sedia ada. Kan dah jimat banyak dekat situ!

7. Kena ke beli ubat kurus badan?

Buat apa nak habiskan duit untuk produk yang belum tentu buat anda ‘cantik’. Sebaiknya, bersenam dan amalkan gaya hidup sihat. Let’s the beauty come naturally.

8. Beli masa jualan murah

Boleh nak shopping, tapi beli masa jualan murah. Kadang-kadang barang berjenama ni masa sale memang murah sangat-sangat. So, tunggu je.

9. Kurangkan hiburan

Cuba kurangkan aktiviti seperti tengok wayang, berkaraoke atau bermain boling. Mungkin aktiviti ini akan jadi lebih seronok andai dilakukan sekali-sekala.

10. Pilih pelan data murah

Tidak dinafikan, sebahagian duit dilaburkan untuk menghidupkan smartphones anda. Pilih data internet yang berbaloi mengikut keperluan dan penggunaan anda.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o5uocz

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.