Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 Lelaki Ditahan Terlibat Pinjaman Wang Tanpa Lesen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 Lelaki Ditahan Terlibat Pinjaman Wang Tanpa Lesen

Spread the love

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dengan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen di dalam kafe di sebuah pasar raya di Tampoi, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata kedua-dua mereka yang berumur 24 dan 31 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 petang selepas polis bertindak hasil aduan orang awam.

“Hasil pemeriksaan ke atas lelaki berumur 24 tahun dan berasal dari Taman Kota Putri di sini, polis merampas dua telefon bimbit berserta kad sim, dua kad ATM, sebuah kereta jenis Perodua Myvi serta wang tunai RM2,980.

“Pemeriksaan ke atas lelaki berumur 31 tahun dan berasal dari Taman Megah, Batu Pahat pula, polis merampas tiga telefon bimbit berserta kad sim, tujuh kad ATM, satu beg sandang serta wang tunai RM6,250,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Taib berkata susulan penahanan itu, polis kemudian melakukan tiga serbuan, masing-masing di Taman Sri Tebrau, Taman Austin serta Taman Kota Putri, di sini, antara 5.15 petang dan 7.30 malam, hari yang sama.

Beliau berkata polis merampas pelbagai barangan yang dipercayai berhubung kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen itu termasuk sebuah kereta BMW, dua komputer riba, 50 kad perniagaan, tiga geran kereta, tiga cek, 11 borang senarai peminjam wang serta wang tunai RM55,470.

Katanya siasatan mendapati kedua-dua lelaki berkenaan terlibat dengan kegiatan tersebut sejak dua tahun lepas dan mereka direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mbnwZX

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.