Hi! Welcome Back and Stay Tune! Letih, Kurang Air, Punca Pengurus Kuantan FA Pengsan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Letih, Kurang Air, Punca Pengurus Kuantan FA Pengsan

PASUKAN paramedik memberi rawatan kepada Wan Solihi Wan Hassan yang pengsan di dalam bilik persalinan selepas perlawanan Piala FA menentang PKNP FC di Stadium Perak. – Foto ihsan pembaca

IPOH: Masalah keletihan dan kekurangan air menjadi punca Pengurus Kuantan FA, Datuk Wan Solihi Wan Hassan pengsan secara tiba-tiba selepas tamat perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Perak, di sini, malam tadi. 

Mengesahkan perkembangan itu di sini, sebentar tadi, Setiausaha Kuantan FA, Ahmad Muda berkata doktor pakar memberitahu demikian selepas  merawat Wan Solihi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

“Selepas pemeriksaan rapi termasuk imbasan, doktor yang merawatnya memaklumkan ia berpunca akibat keletihan dan kekurangan air. Bukanlah akibat serangan jantung atau angin ahmar.   

“Datuk sudah pun sedar dan stabil. Cuma masih lemah.  Doktor mengarahkan beliau supaya berehat dulu sebelum dibenarkan pulang,” katanya kepada BH Online, di sini, hari ini.

BH Online malam tadi melaporkan Wan Solihi, 46  yang juga Timbalan Presiden Kuantan FA, rebah secara tiba-tiba sebelum pengsan di dalam bilik persalinan ketika sedang bersalaman dengan pemain pasukannya. 

Pasukan paramedik kemudian dipanggil untuk memberi rawatan awal kepada pengurus berkenaan sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans kira-kira jam 11.30 malam.   

Ahmad berkata, Wan Solihi diberi bantuan awal oleh paramedik serta doktor pasukan PKNP sebelum dibawa dengan ambulans yang disediakan untuk perlawanan.   

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan tuan rumah atas bantuan dan sokongan diberikan sepanjang kejadian itu,” katanya.

Saingan pusingan ketiga Piala FA malam tadi membabitkan perlawanan antara PKNP FC menentang Kuantan FA yang berkesudahan, tuan rumah menang 5-4 untuk sekali gus layak ke suku akhir.

Pada perlawanan mendebarkan itu, Kuantan FA yang ketinggalan  4-1 pada separuh masa pertama, berjaya menyamakan kedudukan 4-4 pada minit terakhir perlawanan sebelum PKNP FC beroleh gol kemenangan di saat akhir perlawanan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2npynR0

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.