Hi! Welcome Back and Stay Tune! AirAsia Tawar Tiga Juta Tempat Duduk Percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AirAsia Tawar Tiga Juta Tempat Duduk Percuma

KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan tiga juta tempatan duduk promosi ke 120 destinasi dengan tambang serendah RM0 sehala, yang tersedia di airasia.com dari 13 hingga 19 Mac, 2017.

Tempoh perjalanan bagi tempat duduk percuma itu bermula 1 Sept, 2017 sehingga 5 Jun, 2018, dengan akses keutamaan promosi dan tempahan untuk ahli AirAsia BIG pada 12 Mac.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata tempahan juga boleh dilakukan secara dalam talian dengan aplikasi mudah alih AirAsia atau menebus penerbangan menerusi airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Ia berkata bagi mereka yang mahu segera melancong, AirAsia juga menawarkan promosi istimewa bagi tempoh perjalanan antara 14 Mac 2017 hingga 31 Ogos 2017 yang boleh ditempah sekarang.

“Menerusi kempen tempat duduk percuma ini, kami mahu penumpang menikmati penawaran kami yang membolehkan mereka menempah penerbangan lebih awal dan menikmati tawaran terbaik.

“Kami sentiasa berusaha menghubungkan pengguna ke destinasi baharu dan menarik seperti pelancaran penerbangan ke Luang Prabang, Laos, Bhubaneswar, India dan Honolulu, Amerika Syarikat baru-baru ini,” kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2na3tjw

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.