Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Buat Kecoh Di Pavilion Malaysia Pada RIBF Ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Buat Kecoh Di Pavilion Malaysia Pada RIBF Ditahan

RIYADH: Seorang lelaki Arab yang menimbulkan kekecohan ketika persembahan zapin dan ghazal di Riyadh International Book Fair (RIBF) 2017 pada Khamis, telah ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

Penyelaras Pavilion Malaysia Mohd Khair Ngadiron berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh pegawai Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi.

“Lelaki itu ditahan semalam (Jumaat) dan kini disiasat sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Khair berkata pegawai kementerian berkenaan tidak memberi maklumat lanjut seperti lokasi penahanan itu.

Mohd Khair, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), berkata pihak penganjur RIBF akan menghantar surat permohonan maaf rasmi kepada Kedutaan Malaysia di sini.

“Mereka menyokong penuh penyertaan Malaysia dalam pesta buku ini dan mahukan persembahan zapin dan ghazal diteruskan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 8.50 malam waktu tempatan itu, seorang lelaki bertindak menceroboh Pavilion Malaysia lalu merampas mikrofon dan alat muzik sebelum mencampaknya ke lantai ketika persembahan 12 pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor.

Tindakannya dibantah pengunjung lain yang memenuhi pavilion berkenaan untuk menyaksikan persembahan kebudayaan itu.

Malaysia diundang sebagai Negara Tetamu Kehormat pada RIBF 2017 dari 8 hingga 17 Mac.

Persembahan zapin serta ghazal dibawa bagi memeriahkan Pavilion Malaysia di RIBF atas permintaan Arab Saudi yang melihat seni sebagai satu cabang ilmu yang menyokong pertumbuhan tamadun manusia. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ng5IyO

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.