Fahrin Mahu Tambah Anak, Idam Cahaya Mata Kembar
Spread the love
AKTOR kacak Fahrin Ahmad yang baharu sahaja bergelar bapa tahun lalu kepada Khalifa Fahrel setelah berkahwin dengan Elena Hani Eleas pada 2015 meluahkan hasrat untuk menambah cahaya mata.
Memetik laman Astro Gempak, hasrat itu dizahirkan Fahrin sendiri memandang usia isterinya Elena bakal mencecah 40 pada tahun ini.
“Orang kata rezeki itu semua datang dari Allah tetapi kami ada merancang untuk menimang cahaya mata kedua dalam jangka masa yang terdekat.
“Bagi saya perlu cepat lah memandangkan usia isteri saya pun bakal mencecah 40 tahun tahun ini dan tidak elok jika dilambatkan.”
Tambah pelakon ini lagi, bayangan untuk menambah cahaya mata sudah pun ‘disampaikan’ kepada isterinya dan mengidamkan anak kembar.
“Saya sudah bagi hint mengenai ini, malah saya sempat menyakatnya supaya mahu timang anak kembar pula bagi kelahiran kedua.
“Namun saya tidaklah mendesaknya, saya akan tunggu bila dia sudah bersedia dan anak saya pertama ini sudah membesar sedikit dalam setahun begitu,” jelasnya.
Kehadiran Khalifa Fahrel menjadi pelengkap hidup Fahrin dan Elena. Menerusi laman Instagram milik pasangan ini, masing-masing tak lokek untuk berkongsi momen bersama anak sulung mereka bersama peminat-peminatnya.
Khalifa Fahrel dilahirkan pada 29 September tahun lalu kini berusia hampir enam bulan dan yang menariknya tarikh kelahiran putera sulungnya itu sama dengan isterinya, Elena. -MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment