Hi! Welcome Back and Stay Tune! Iran Juara Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Iran Juara Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC

PASUKAN Emiriah Arab Bersatu muncul juara Asean Football Confederation (AFC) Beach Soccer Championship 2017 yang diadakan di Pantai Batu Buruk. – Foto Rozainah Zakaria

KUALA TERENGGANU: Iran menjuarai Kejohanan Bola Sepak Pantai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Pantai Batu Buruk, di sini, sebentar tadi, selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 7-2 dalam aksi final.

Pasukan ranking kelima dunia membuka jaringan menerusi Moslem Mesigar pada minit ke-2 sebelum penjaga gawang, Seyed Peyman Hosseini menambah gol kedua seminit selepas itu hasil sepakan percuma.

Skuad bimbingan Mohammad Hoseyn Mirshamsi mengukuhkan kedudukan menerusi sepakan percuma Mohammadali Mokhtari minit ke-9.

Suku kedua permainan, Iran terus mempamerkan kelas tersendiri dengan meledak gol keempat menerusi tandukan Mesigar pada minit ke-18.

Begitupun, UAE memberi saingan dan memperoleh dua gol menerusi penjaga gol, Hunaid Jamal minit ke-20 dan Haitham Mohamed selang dua minit kemudian.

Minit terakhir suku kedua berakhir, menyaksikan Iran meledak gol kelima hasil sepakan percuma Amit Hosein Akbari.

Aksi suku ketiga permainan, Iran yang menguasai keseluruhan permainan menambah dua lagi menerusi Seyed Ali Nazem pada minit ke-32 sebelum Mokhtari mengesahkan kemenangan bergaya pada minit ke-35.

Lebih manis, pemain Iran, Mokhtari dipilih Pemain Paling Bernilai dan Penjaring Terbanyak kejohanan dengan 12 gol.

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Jepun selepas menundukkan Lubnan 6-3 sekali gus mengisi slot terakhir mewakili Asia untuk ke Kejohanan Bola Sepak Pantai Piala Dunia di Bahamas pada April ini.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden AFC, Ali Kafashian.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2npEKUD

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.