Hi! Welcome Back and Stay Tune! KL, Pyongyang Akan Duduk Bincang Beberapa Hari Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KL, Pyongyang Akan Duduk Bincang Beberapa Hari Lagi

Spread the love

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Korea Utara dalam beberapa hari lagi dalam usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata pada masa ini kementeriannya mengadakan perbincangan di peringkat dalaman dengan pihak yang berkaitan termasuk polis dan Kementerian Kesihatan sebagai persediaan untuk perbincangan itu.

Selasa lepas, Korea Utara menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu. Pada mulanya sebelas rakyat Malaysia yang terlibat namun dua daripada mereka iaitu petugas Pertubuhan Bangsa Bersatu, dibenarkan meninggalkan negara itu dan kini berada di Beijing.

“Kita hendak kaji dengan mendalam apa yang akan kita bincangkan sebelum pertemuan rasmi itu…perlu lihat dari segi undang-undang, perikemanusiaan dan keselamatan.

“Kita akan mengambil kira semua ini untuk pertimbangan,” kata Anifah kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota keluarga rakyat Malaysia yang terlibat di sini hari ini.

Anifah berkata venue pertemuan dengan pihak Korea Utara itu masih belum ditentukan.

Anifah berkata Malaysia tidak memerlukan penglibatan pihak ketiga dalam menyelesaikan konflik dengan Korea Utara walaupun telah menerima banyak tawaran.

Beliau berkata menteri-menteri luar beberapa buah negara telah menghubunginya terus manakala yang lain menyuruh para pegawai mereka menghubungi Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ramlan Ibrahim untuk menawarkan bantuan mereka.

“Kita masih ada hubungan diplomatik (dengan Korea Utara), kita tidak memerlukan pihak ketiga walaupun ada banyak tawaran,” kata menteri luar itu.

Beliau menjelaskan pada masa ini kerajaan Malaysia masih dapat berhubung terus dengan kerajaan Korea Utara melalui kedutaan mereka di Kuala Lumpur.

Anifah berkata hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara akan diteruskan jika sembilan rakyat Malaysia yang dilarang meninggalkan negara itu, dapat pulang ke tanah air dengan cepat dan selamat.

Hubungan Kuala Lumpur-Pyongyang tegang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari.

Beliau meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital selepas dua wanita menyapu mukanya dengan bahan kimia, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX semasa menunggu penerbangan ke Macau. Dua wanita terbabit telah didakwa atas pertuduhan membunuh.

Ketika ditanya berapa lama Malaysia akan menyimpan mayat Jong-nam, Anifah berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam pertemuan yang dirancang itu, memandangkan Malaysia tidak mahu menyimpan mayat itu lebih lama daripada yang sepatutnya.

“Akhirnya terpaksa serahkan (mayat Kim Jong-nam) kepada seseorang sama ada kerajaan atau anggota keluarga, itu akan kita tangani apabila kita sampai ke tahap itu,” katanya.

Menjawab soalan mengenai bekalan makanan halal untuk rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara, Anifah berkata kebiasaannya, kedutaan di Pyongyang akan mendapatkan bekalan dan barangan lain dari Beijing.

“Staf kami juga menerima sokongan daripada perwakilan asing lain di Pyongyang,” kata Anifah, dan menyebut tentang sokongan yang ditawarkan para duta dari negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) selepas solat Jumaat semalam.

Antara bantuan yang ditawarkan, kata beliau, ialah tentang kemungkinan membawa masuk bekalan dari luar Korea Utara.

“Untuk makluman anda, staf kedutaan di Korea Utara sering terbang ke Beijing untuk tujuan itu,” katanya.

Baki sembilan lagi rakyat Malaysia itu terdiri daripada tiga petugas pejabat perwakilan Malaysia di Pyongyang dan anggota keluarga mereka.

Dua lagi rakyat Malaysia – Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy – yang mengambil bahagian dalam Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu, dibenar meninggalkan Pyongyang dan kini berada di Beijing.

Larangan yang dikenakan terhadap semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara dibuat selepas Malaysia mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara Kang Chol sebagai persona non grata, yang membawa kepada pengusirannya dari negara ini.

Kang Chol dilaporkan membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan Malaysia berhubung siasatan pembunuhan Jong-nam. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ng75gU

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.