Polis Sahkan Seorang Tahanan Larikan Diri
Spread the love
SEREMBAN – Polis hari ini mengesahkan seorang tahanan melarikan diri semasa ditahan di lokap Mahkamah Seremban, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh dalam kenyataan kepada media melalui aplikasi WhatsApp, berkata polis kini sedang giat mengesan tahanan terbabit.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melarikan diri daripada tahanan serta kecuaian mengakibatkan tahanan melarikan diri.
Difahamkan, tahanan terbabit berada di mahkamah berkenaan bagi menghadiri perbicaraan.
Kes tersebut juga sedang tular di WhatsApp. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment