Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Selamatkan 20 Mangsa Eksploitasi Seks Di Ipoh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Selamatkan 20 Mangsa Eksploitasi Seks Di Ipoh

Spread the love

IPOH – Unit Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Orang (ATIPSOM) Bukit Aman menyelamatkan 20 wanita warga asing mangsa eksploitasi seks dalam satu operasi di sini Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kesemua mangsa diselamatkan dalam serbuan di sebuah pusat kesihatan di Jalan Kampar di sini kira-kira pukul 5.45 petang.

Katanya mereka yang diselamatkan terdiri daripada 19 wanita warga Myanmar berbangsa Shan dan seorang wanita Vietnam.

“Dalam serbuan itu, lima lelaki turut ditahan terdiri daripada seorang penjaga pintu bawah; penjaga kaunter, kapten dan dua pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini lewat malam tadi.

Menurut Gan, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,670 selain beberapa barangan termasuk 175 kondom; dua ‘walkie talkie’; dua televisyen dan empat telefon bimbit.

Turut dirampas dua perakam kamera litar tertutup; dua alat kawalan jauh pintu rahsia; dua alat kawalan jauh pintu utama; satu lesen perniagaan dan satu mesin pengira, katanya.

Menurut Gan kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan 14 ATIPSOM 2007.

Kejayaan unit ATIPSOM itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan syabas menerusi catatan di akaun Twitternya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mRJWUm

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.