Super KIP Masih Cari Rentak
KHAIRUL Idham Pawi. – Foto fail NSTP/Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Khairul Idham Pawi mengakhiri ujian rasmi kelas Moto2 dengan berada di tangga ke-16 dalam senarai kedudukan keseluruhan di Jerez, Sepanyol semalam.
Pelumba yang pernah mencipta kejutan ketika beraksi dalam kelas Moto3 dengan menjuarai dua perlumbaan tahun lalu, melakukan catatan 1 minit 42.977 saat pada sesi pertama hari ketiga ujian, semalam.
Namun, pelumba IDEMITSU Honda Team Asia yang digelar Super KIP itu tidak berlumba pada sesi terakhir ujian dan seorang lagi pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah juga tidak beraksi.
Dalam satu temubual bersama www.speedweek.com, juara Moto3 di Grand Prix (GP) Argentina dan Jerman 2016 itu berkata: “Masih sukar buat saya tetapi kami akan langkah demi langkah.
“Pasukan membantu saya untuk melakukan peningkatan. Keserasian dengan jentera juga baik.
“Ada beberapa pelarasan yang kami perlu tingkatkan tetapi saya juga harus berusaha bagi memperbaiki diri serta corak tunggangan saya.”
Ujian rasmi untuk kelas Moto2 dijadual berlangsung di Qatar minggu depan sebelum Litar Antarabangsa Losail membuka tirai Kejuaraan Motosikal Dunia, 26 Mac ini.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mRW87W✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment