Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala FA: Pahang Ke Suku Akhir Singkir MU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala FA: Pahang Ke Suku Akhir Singkir MU

KUANTAN: Pasukan Pahang melangkah ke suku akhir saingan Piala FA selepas menewaskan Melaka United (MU), 2-0 pada aksi di Stadium Darul Makmur di sini, yang berakhir sebentar tadi.

Dua gol masing-masing satu pada setiap babak memastikan skuad Tok Gajah yang dilatih Dollah Salleh mengisi slot lapan pasukan terbaik.

Kecemerlangan tuan rumah sudah dijangkakan sebaik perlawanan bermula apabila melancarkan serangan ke kubu lawan dalam usaha mendapatkan gol pendahuluan sekali gus memberi tekanan kepada MU.

Pada minit keenam, Pahang hampir meletakkan skuad itu di hadapan tetapi bola tendangan pemain pertahanan, Mohd Faisal Rosli melepasi palang ketika penjaga gol lawan, Mohd Fazli Paat sudah tertewas.

Akhirnya, gol yang dinantikan tuan rumah muncul hasil sentuhan Jaewon Heo yang mudah menyempurnakan sepakan penalti selepass terkena tangan pemain pertahanan lawan pada minit ke-15.

Jaringan itu jelas memberi tekanan kepada MU yang berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan yang diketuai kapten, Mohd Amri Yahyah. Kedudukan kekal 1-0 sehingga babak pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, corak permainan kedua-dua pasukan berubah terutama MU yang dilihat lebih agresif dalam memburu jaringan berbanding tuan rumah.

Segala-galanya dilakukan lawan yang diketuai Amri tetapi dinafikan dengan kecemerlangan penjaga gol Pahang, Wan Azraei Wan Teh.

Bagaimanapun, pada minit ke-85, pemain gantian, Nor Azam Azih menambah duka MU selepas rembatan dari luar kotak membolosi gawang lawan.

MU yang cuba untuk memberi cabaran kepada Pahang tetapi kekebalan barisan pertahanan nemastikan tuan rumah layak ke suku akhir piala berprestij itu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mdsCFK

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.